Tuesday, October 20, 2009

Bahang tanoh, mapuh kerah cokeng!! One Malaysia

Istilah
Aku tak tahu siapa yang memberi istilah 'black monday'...mungkin orang yang mula-mula mengalami nasib buruk pada hari Isnin menamakan demikian. Kalau jatuh pada hari selasa, mungkin dia memberi istilah 'black tuesday' dan begitu juga pada hari-hari yang seterusnya, tapi aku tak pernah pulak dengar istilah 'black tuesday' ke, 'black wednesday' ke apa ke. Atau mungkin juga ada apa-apa kepercayaan ritual tentang hari isnin? sapa nak explain ni?...

Malang
Tapi semalam (Isnin), memang hari malang aku. Bermula dengan handphone yang terjatuh di atas katil di bilik hotel, dan selepas itu pulak aku sendiri pulak yang terjatuh, dan akhirnya kereta pulak meragam. Sehari sebelum itu, pada Ahad petang, ketika aku dan Muiz bergatal-gatal berkasih sayang, ditemani oleh Yoe (CSCD, SJ) menggantikan posisi Fazri buat sementara, aku mendapat panggilan dari seorang rakan dari Kelantan ditemani oleh seorang lagi rakannya (juga rakanku), mengatakan dia dalam perjalanan ke Terengganu untuk menghadiri kursus. Kata mereka, malam tu aku kena tidur di hotel bersama mereka kerana sudah lama x jumpe..banyak cerite kata mereka (padahal hari tu dah jumpe, dan akhir bulan 5 ari tu kami jumpe lagi kat Johor masa kejohanan olahraga). Dulu mereka pernah datang sekali di Felda Residence, tetapi aku menolak untuk bermalam di sana. Aku cuma melawat dan keluar berjalan-jalan je. Kali ini aku tak datang hati pulak untuk menolak, kan nanti dia kata aku tak suka melayan tetamu pulak.

Manusia derived from arabic word nasia =lupa. An nas = Manusia = Pelupa hahaha
Aku lupa samada aku betul-betul tertinggal handphone, atau ia memang menggelonsor keluar dari poket aku, semasa aku sedang menikmati kopi di atas katil sebelum bergegas ke sekolah. Tapi, seingat aku memang aku masukkan ia ke dalam poket. Setelah selesai minum kopi, cepat-cepat aku meninggalkan mereka di bilik tingkat 4 itu untuk bergegas ke sekolah, dan setibanya aku di pintu masuk hotel, cepat-cepat aku membukanya dan melangkah keluar, tetapi malangnya aku terjatuh kerana tidak perasan ada satu tangga di situ. Mengelepar aku seketika sambil menyebut-nyebut nama Yang Esa ( haha time sakit baru nak ingat Allah, manusia2). Memang sakit lain macam aku rasa ni, sakit sangat.. bukan sakit jatuh biasa-biasa. Tapi oleh kerana tak mahu lambat sampai ke sekolah, aku gagahkan jugak bangun cepat-cepat dan menuju ke kereta...Ketika memanaskan enjin aku duk tergosok-gosok lagi kaki aku. Lepas tu, bertolak laju-laju...

Dia buat hal lagi
Sampai di Bukit Perah, tiba-tiba kereta tak boleh masuk gear..ah jam!.."tak kan clutch dah habis pulak..baru je tukar, tak mungkin!" bisik hatiku. Aku ke tepi kiri jalan, agak lama aku cuba menekan clutch dan cuba masukkan gear, tapi tak boleh. Lama aku di situ. Aku terfikir untuk call penyelaras dan memberitahu aku mungkin tersangat lewat..tapi bila aku seluk poket, alamak...takde.."ni mesti terjatuh masa aku tersungkur kat depan pintu hotel ni' bisik hatiku, sambil2 berdoa supaya sebenarnya aku tertinggal kat bilik..walaupun hati aku kuat membuat tohmahan bahawa ia terjatuh masa aku accident tadi, sebab kuat betul perasaan aku mengatakan aku ambik phone masa nak gi sekolah tadi. Aku juga cuba mencari dicelah-celah seat kereta, dengan harapan ia juga terjatuh di situ, sebab banyak kejadian bila aku letakkan phone dalam pokek seluar ni, ia kerap menggelongsor dan jatuh di bawah seat. Tapi hampa juga...sambil mulut terkumat kamit membaca basmalah aku cuba lagi dan lagi dan lagi sehinggalah akhirnya gear dapat masuk..dan aku berjaya sampai ke sekolah.

Buat Almari!
Sampai di sekolah, ia meragam lagi, kali ni beberapa kali aku cuba tak jugak berjaya. Maka sibukla aku di pagi tu, masuk kelas, minum, tegok kete, masuk kelas lagi, keluar cari pomen... takde, masuk kelas lagi, keluar lagi cari pomen..(kali ni dah berjaya, tapi memerlukan dihantar ke bengkel untuk menukar pump clutch -baru2 ni pump clutch bawah bocor, kali ni kat atas pulak adus)masuk kelas lagi, keluar pergi beli spare part di Ajil dan hantar kete kat bengkel yang tak jauh dari sekolah, balik jalan kaki ke sekolah...tiba-tiba aku rasa aku jalan senget2 dan rasa sakit kaki..aku gagahi dan akhirnya sampai ke kelas, masuk untuk masa yang agak lama, duduk dan berehat. Dan tak lama lepas tu, aku rasa sakit di tambah rasa lenguh2 sampai ke pangkal paha...Kaki dan bengkak.."ah takde apa kot ni" fikirku, lantas aku cuba urutkan dengan minyak urut yang sedia ada kat kelas aku.

Mesyuarat
Sedang asyik mengurut aku disapa "bos, oloh sibuk ari ni kawan tengok, gi mari - gi mari, nok ajok minum air susoh!" rupanya si Fadhil, technician kat sekolah menyapa.."hahaha, doh mari ah" pelawa ku untuk sama-sama minum. Demi aku bangun je, ayark! sakitnya, aku mula melangkah, aduh sakit tak tertahan rasanya..bermulalah episod kesakitan melampau, terhencot2 aku..nak sampai ke kantin kena 3 kali berenti, ambik napas. Lepas tu meeting, kat lab..sejuk..kaki dah berdenyut2 sampai ke kepala, aku tak tahu apa kebende yang dibincangkan. Tiba-tiba namaku disebut GB, "Ri, buleh ri?", "Ah? Guane?" tanyaku "Buleh gi survey tempat, kita wat kat Kuala terenganu..", "buleh guane gini ning"..aku tak tahu jawapan aku tu didengari atau tak, aku cuma tak puashati dengan kesakitan aku ni je...

Berpergian
Demi melihat aku yang tengah kesakitan dan keadaan kaki yang bertambah bengkak, guru petang dan penyelia kat sekolah tu, menawarkan untuk membawa aku mengurut. Aku dah tak tahan, 3 langkah terhencut-hencut berenti, 3 langkah lagi berenti, jadi aku setuju je. Kami bertolak selepas solat zohor. Sampai di rumah tukang urut tu, bermula la sesi mengurut. Sambil 2 orang rakan tu menibai buah salak, aku pula di tibai oleh tukang urut..aduh sakitnya..ke kiri kanan aku menggelopor, kadang-kadang berada di tengah-tengah mengiggit bantal menahan kesakitan, tapi masih tak mengeluarkan suara, cuma muka je berkeriuk..Kami bersembang sambil tukang urut tu mengurut-urut. Masih jelas sembang kami..walaupun dalam keadaan muka yang berkeriut begitu, aku masih lagi sempat tersenyum masa 2 orang kawan tu membuat lawak bodoh dan mengusik-usik aku.. Orang tua-tua begitula, pandai memanipulasi keadaan. Bila Tukang urut tu membesar-besarkan dirinya, aku dah mula suspek macam-macam. Aku memang jenis kurang sikit tok bomoh yang cerita membesar-besarkan diri..mulala aku rasa kurang percaya, tapi aku tabahkan hati juga untuk percaya, dan memujuk-mujuk diri supaya percaya keupayaan tukang urut tersebut sambil berharap, dia betul-betul dapat menyembuhkan aku dengan izin Allah.

Arghhh!!!
"la, ingatkan sini" sambil menunjuk buku lali, "ruponyo sini" sambil menunjuk tempat yang betul2 ditimpa kesakitan. Aku saja tak beritahu kat mana sakit, aku cuma kata kaki aku sakit je. "Ni berat ni, banyok sendi sini..susoh sikit". Alamak! "tapi takpo, sikit jah ni" dia explain lagi dalam loghat Kelantan...macamana pulak orang Kelantan boleh berada dalam hutan ni?, sempat juga aku berpikir walaupun sedang menahan kesakitan. memang berbelit, tadi kate berat, lepas tu kata sikit pulak..minda aku dah terset, perkataan yang pertama adalah ikhlas, dan pernyataan kedua adalah memujuk-mujuk. kruuut...kruut bunyi bila sendi-sendi di betulkan, sakit bukan kepalang sampai dah berbuih mulut aku menyebut nama Allah...Tukang urut tu bercerita-cerita seperti tadi tapi aku mula tidak mendengar apa yang dibualkan, suara dari slow, sampai agak kuat sebutan Allah dari mulut aku...Ingin saja aku suruh dia berenti mengurut, tak masuk pun tak masuklah...tapi aku sabar...Kruut krut lagi bunyi..sampaila selesai.. Di tengah-tengah urutan tu, ada jugak dia tanya yang ni sakit tak lagi, aku cakap tak, sambil mengharap dia juga akan tanya yang lain-lain, supaya cepat selesai urutan sebab tidak tertahan aku..tapi harey,..tak tanya pun, dia belasah lagi sampai habis.. sebelum pulang ke sekolah, kami berhenti di bengkel, dan penyelia petang aku tolong ambik dan bawa kereta ke sekolah. Aku berehat di sekolah seketika, tunggu sehingga ok sikit sebelum pulang ke rumah. Padil awal-awal lagi menawarkan untuk menghantar aku balik...tapi aku menolak, insyaAllah boleh bawak kataku. Kalau Padil antar aku balik rumah sapa pulak nak bawa aku ke sekolah pada esok2 harinya.

Kecok-kecok
Memang aku dah agak, mesti mok ayah aku call aku banyak kali, sebab sehari sebelum kejadian, aku berjanji untuk membawa bapa saudara aku yang lumpuh sebelah ke pejabat pesuruhjaya sumpah atas urusan harta pusaka arwah mak, arwah isterinya yang dituntut oleh adik-adik iparnya...tapi ya lah, phone takdak, tak boleh nak inform..aku sampai ke rumah dalam pukul 6.30 dah. Sampai di rumah, belum lagi melangkah masuk terus aje dibebel mak aku "Hor guane kecok2, bekok kaki tu?" belum lagi aku sempat mejawab dia membuat tohmahan "main bola pulok ah tu!". Aku senyap je, terus masuk rumah dan berhenti kat atas kerusi. "Mung main bola pulok?" tanyanya lagi. Ialah sebelum ni aku ada main bola, bengkak kaki, tapi aku urut sendiri je..Mak aku juga turut urut-urut sama. Aku dengan mak aku sering juga berbalah-balah tentang sesuatu, sebab dah tak ada orang lain nak berbalah agaknya. Dia puas berbalah ngan ayah dia berbalah ngan aku, tak pun dia sembur bapak saudara aku..hahaha, memang power ah dia..tapi dia baik walaupun dia suka berkata-kata dalam nada tinggi...aku dengan kakak aku sering juga berbincang tentangnya...tentang perangainya maksud aku...tapi mungkin sebab dia dah tua dan sering sakit-sakit dia jadi suka berkata-kata..tapi dia memang baik, tak dapat di sangkal lagi. kalau aku lenguh-lenguh dia la tukang urut aku, kalau dia lenguh-lenguh, akula tukang urutnya. " dok eh, jatuh tangga!" jawab ku.

Blebey
Aku pun ceritela kat mak ngan bapak aku..lepas je aku cerita, dia terus turun ke tanah. aku bertanya ke mana dia? "Nak cari akar kayu!" katanya. "Tak payahla, takdok mendenye"kataku..terus aku dibebel sambil memberi contoh beberapa nama yang terkena benda yang sama dengan aku tapi kesannya lama terhencot-hencot. Aku tidak membantah, dan ngeri dengan citer mak aku...Aku mula terfikir tentang tukang urut tadi.."InsyaAllah", pujuk aku dalam hati. Alhamdulillah, sekarang dah ok sikit, cuma aku berhati-hati jugak, dan masih lagi hencot-hencot. Terpikir-pikir juga aku dengan pesan tukang urut semalam, jangan banyak sangat bergerak sehari dua ni, dan jangan buat benda berat-berat. Dua orang kawan yang turut serta dengan aku tu pun berpesan benda yang sama...Salah seorangnya adalah pengamal perubatan Islam. Selepas aku solat asar semalam ada juga dia baca sikit-sikit. harap kawan2 yang tua ni lah jugak apa-apa pun, yang muda-muda kawan minum kopi! hahaha. Dan semalam mak aku pesan, jangan gi sekolah esok (ari ni). Aku senyum je...hahaha dia ingat sekolah tu aku punya ke...

Base babil
Ari ni, beberapa kali jugak mak membebel, sebab aku terlalu aktif, walaupun tak ke sekolah. Pagi-pagi lagi aku dah keluar, pegi ambik handphone kat Hotel, lepas tu balik.. pegi hantar bapak saudara aku pulak..ke Mahkamah...Walaupun aku ingat pesan tukang urut dan kawan2, aku tak sanggup tengok ayah yang dah berumur untuk mengangkat kerusi roda dan memapah bapak saudara aku..turun naik rumah dan turun naik bangunan...tapi ayah pun pandai, dia pun nampak cemas dan serba salah tengok aku berkeaadaan begitu sebab dia pun sedia maklum tentang maslahat aku. Mak awal-awal lagi dah sound pegi je lepas sembuh, tapi biasalah, aku memang degil...aku cakap tak pe. Bila balik beberapa kali aku cuba untuk berehat dan melelapkan mata, tapi tak menjadi..heran betu aku. ke sana sini aku berjalan di dalam rumah tak tahu nak buat apa..Pukul 3.30 aku keluar dengan alasan nak hantar surat bapa saudara aku, tapi lepas tu aku lanjutkan ke tempat latihan futsal...Mak tak tahu, kalau tahu mesti kena jugak lagi aku...walaupun kalau aku cakap aku tak buat apa-apa, tengok je..hahahaha. Ampun mak!!! Malam ni dia buat lagi ubat akar kayu untuk aku..

11 comments:

  1. One Malaysia blake leni deh. Udoh molek pun one malaysia blake haha.. patut pun mok ayoh risau. Aku pun risau gok, tapi wak2 dok risau je lah. bila garib mok ayah dok telefon tu aku anggap semuanya ok haha..

    ReplyDelete
  2. ....dan benar betullah 'Kasih Sayang' itu ada di mana2!

    ReplyDelete
  3. Fastri,
    Perkataan ranking tinggi, biaselah hahaha...Sori2 merisaukan anda..

    bahangGambang,
    lama x napok mung sinning..mung gi kuane? ye betul2...Kasih Sayang itu ada di mana-mana, syukur! Tapi jgn lupa kasih sayang juga sudah semakin luntur dari jiwa manusia...sebab tu la jadi perang, penindasan, slander mcm2..ke guane?

    ReplyDelete
  4. ni tak dengo cakap mak.. makin sakit ni kang..
    tp pasal da tlong ayohmu, moge2 Allah ringankan sakit n bebanmu ...insyAllah..

    - ujian "kecik" dr Allah tuk hamba2 nya redha!

    ReplyDelete
  5. betul3..hahaha ade nitah sokmo kut ning,, tapi dok tinggal bekas!hahaha melayu glokal katakan..

    ReplyDelete
  6. sian ngguh mun beri, semoga kaki mun ok ok je laa hendoknye.. tu kene kaki hok eksiden ke kaki lain?

    ReplyDelete
  7. Makcu,
    (ni tak dengo cakap mak.. makin sakit ni kang..)
    eh, jgn kata gitu, naudzubillah..
    -Ye la, redhola, nak buat camana...harap2 ampun dosa2 lama

    bahangGambang,
    sungguh ke? haha..glokal x apela, jangan celaka

    Apih,
    Amin....kaki hok eksiden ni la hok sokmo kene bende2 sebab dia manjalara sikit..

    ReplyDelete
  8. amboii..entry yang sungguh panjang sampai berpinar mata nak membacanya. hehehehe.. jangan salahkan monday, salahkan diri sendiri. kahkahkahkahh..tapi memang kadang2 tu dalam sehari macam2 benda terjadi kat diri kita kan? takpe la.. dugaannnnn.....sila minum air akar kayu tu dengan penuh nikmat. hahahaha,,,,

    ReplyDelete
  9. Saya,
    sorila, buat mata anda berpinar, lain kali kalau ada lagi tulisan panjang2 kat sini, tak payah baca, bukan bes pun hahahaha. Sayangnya ubat akar kayu tu bukan untuk diminum..ia untuk di tampal dan dibalut dikaki..haha

    ReplyDelete
  10. salam,

    Orang kata penyakit itu penghapus dosa.
    sesungguhnya kasihnya Allah pada kita, diberi peluang menghapus dosa mana yang ada dibalas di dunia dgn kesakitan yg mgkin tak seberapa berbanding hukuman di akhirat yg pasti lebih sakit dan mengerikan.


    wallahua'lam.

    Allah jua yang lebih mengetahui.
    Bersyukurlah dengan kasih yang dilimpahkanNya kpd kita

    ReplyDelete
  11. Mok Alang,
    Iya benar...seperti yang saya harapkan..nun kat atas nun ada titik

    ReplyDelete