[ ]Gagak di atas dahan
Tempat berteduh cuma-cuma
Berkawan seribu cuma-cuma
Makan minum cuma-cuma
Esok lusa mati jua
( )Tiong di dalam sangkar
Tempat berteduh bertatah emas
Semua orang ambil peduli
Ada juga yang niat mencuri
Makan minum dijaga rapi
Sampai masa [engkau] mati juga
Gagak di atas dahan
Berperi tidak sekali
Malah ramai yang membenci
Membawa senapang ke sana kemari
Umpan berlatih memajukan diri
Tiong di dalam sangkar
Berperi indah sekali
Ramai manusia ingin mendekati
Berhibur lantas senang hati
Memberi untuk diberi
"Aku tiong!", itu yang engkau peduli.
Gagak,.. tembak mati RM 50
Tiong,.. dibeli tatangan RM 700
Tembak saja gagak itu!
Ia pantas mati...
Kalau ia bebas, ia menyekat;
kelangsungan hidup, kerana ia membawa khabar dan petanda
Tatangi Tiong
Ia pantas hidup
Ia berperi kita semua senang hati
"Di sebuah terima kasih!"
PLAWOK BLAKE SEME
[aku]
(engkau)
"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu... " hingga akhir ayat- Al Imran 3:186
Salam, cikgu!
ReplyDeleteYang sedang 'popular' sekarang bukan gagak dan tiung, tetapi riang-riang yang kencing di pokok petai... hahahahahaaaa...
hahaha..reriang yang riang ria...
ReplyDeletesekarang ni semua benda boleh dibeli dengan wang ringgit...juga boleh dihilangkan dengan wang ringgit....
ReplyDeleteSalam Cikgu Marni,
ReplyDeleteYa betul...haha
Apis
Berbahagialah untukmu
Saya
money is god (g kecik)