Monday, March 30, 2009

Yang pelik-pelik

Hahahaha, dari semalam selepas tgk jugak berita di tv3suku, aku rasa macam nak tergelak... apa tidaknya 15 orang calon di bukit selambau... hehehe, mcm orang berebut nak dapat hak melombong emas je...sejarah weh... mlam semalam pun masa lepak2 minum di kedai awek seksa, ada jugak bende tu kitorang bualkan sikit-sikit... salah seorangnya pernah jadi polis agen untuk kire undi..macam2 coretan pengundi buat kat kertas undi katanya..siap ada yang lukis-lukis gambar lagi....Hari ni aku terpikir lagi sambil tergelak selepas terpandang berita depan utusan malaysia yg diberi percuma ke sekolah -sumbangan oleh kerajaan negeri bila tgk ada angka yang di highlight merah 15 3 2. 15 calon di bukit selambau... sejarah weh.. kalau 2 orang calon, saiz kertas undi lebih kurang 1/4 kertas undi, kalau 15 orang calon agak-agaknya SPR nak provide kertas undi besar mana? Agak-agak kalau sebesar saiz A3 cukupke? kahkahkah. Bayangkanlah kalau betul saiz tu...pergh..mmg gile...atau nak kecilkan saiz dan gambar lambang menjadi begitu keliru kepada para pengundi terutama pengundi di saluran 1.. kahkahkah.. pelik betul...

Dalam dekad ni, aku duk pikir-pikir banyak betul benda-benda pelik terjadi..2008 saiful bahari menuduh anwar meliwatnya...saiful bahari dibela, ... anwar yang tertuduh hendak di tangkap... sedang dalam kes Raja petra yang dianggap penuduh... penuduh ditangkap...yang tertuduh rilek jer.. siasatan pun tak dibuat ke atasnya. Pelik..pelik..

Sejak penubuhan SPRM, banyak juga kes-kes rasuah berjaya dipatahkan... tapi yang pelik anak ikan yang kena... ibu ikan terlepas...ataupun memang SPRM bapak ikan? Yela..ikan besar biasala makan ikan kecik walaupun sama spesies...hahaha pelik-pelik...ATAU SPRM adalah nelayan? Kalau nelayan, pukat apa yang dicampakkan?... kalau pukat yang saiz lubangnya besar... mesti anak ikan terlepas...yang senang masuk ibu ikanla sebab dia besar..ternama!. tapi anak ikan juga yang kena...pelik-pelik.Kalau guna pukat yang saiz lubangnyalebih kecil, kemungkinan untuk anak ikan lepas pun tinggi, tapi ibu ikan tetap terperangkap..silap-silap mati sebelum diangkat naik ke bot sebab terlalu ketat pukat tu..maknanya ibu ikan lagi parah... tapi tetap juga anak ikan yang kena..pelik-pelik. Kalau pun SPRM nelayan yang hanya menggunakan pancing, kalau dapat anak ikan mestila nelayan tu lepaskan balik...tak berbaloi..atau kalau dah geram sangat nak kepada anak ikan tersebut, nelayan tadi ambik anak ikan tersebut hanya sekadar untuk dijadikan umpan...matlamat tetap ikan besar! Ibu ikan! tapi tidak SPRM ni,...anak ikan juga yang kena..pelik-pelik

Tapi paling aku pelik di dekad 2000an ni adalah soalan MatYie DKR yang dibuat pada 2003... Matyie adalah 'customer' yang memesan roti canai...alih alih dia pulak yang tanya kat pelayan tu "kuah kari ke dal?" dengan intonasi seorang pelayan bertanya kepada pelanggan... kahkahkah..pelik-pelik...aku betul-betul naik hairan dan berdekah-dekahla kami selepas terdiam seketika kerana terkejut dengan perbuatan Mat Yie yang sungguh bertamadun hadhari itu...hahaha.. Matyie... lu mmg mental la...

Thursday, March 26, 2009

SENI PERHUBUNGAN # 1 & 2

gambar hiasan

1) Helah bela diri seorang perempuan

Aku sebenarnya malas nak tulis bende ni, tapi dek kerana menyahut seruan Jang, aku tulislah jugak… Apa yang sebenarnya diminta jang bagi aku curahkan adalah cerita yang berlainan, tetapi adalah sangkut menyangkut sikit-sikit. Aku rasa ramai yang tak pernah dengar atau baca tulisan aku tentang bab-bab ni, sebab aku ni bukanlah seorang pujangga cinta, mahupun seorang kaunselor atau love consultant… tapi ketahuilah..ceh ketahuilah, mcm ayat-ayat kitab lama jer..ketahuilah beberapa petanda bahawa anda (lelaki) mungkin akan/telah ditolak oleh seseorang sebagai pasangan utk mendirikan rumah tangga…

1) bila dalam pertemuan /sms / telefon perempuan tu asyik mengingatkan “saya ni jahat tau!” atau “saya ni teruk sikit”
2) bila perempuan asyik mempersoalkan “blh ke awak terima saya?”
3) bila perempuan cakap “saya tak pandai masak, saya pandai makan je”
4) bila perempuan asyik tanya “mak ayah awak tak kisah ke?” walaupun anda telah berulang kali menyatakan tidak
5) bila perempuan tu tak banyak tanya pasal anda, asyik anda je tanya dia…
6) bila perempuan tu asyik tangguh je jawapan kepada persoalan perkahwinan
7) bila perempuan tu asyik tanya “sebab apa awak pilih saya”

2) Perempuan pilih siapa?

Dalam kes-kes matchmake atau bakal diperkenalkan seseorang, biasanye perempuan akan menyatakan antara lain;

a) “saya tak kesah asal dia boleh bimbing saya sudahla” ini termasuklah juga para artis..ada keinsafan jugak artis ni rupanya Kahkahkah atau
b) “saya kalu buleh nak hok smayang, hok (yang) lain tak kesahlah” atau
c) “saya tak kisah, asal dia boleh terima saya seadanya” atau
d) “Tak kisahlah rupa, kerja mende, asal dia baik, hormat orang tua”…blabala atau sekurang-kurangnya
e) “Saya tak kisah asal dia boleh jaga saya”

TIDAK! Kalau dalam series tv yang paling anda minati, yang berdurasi setengah jam…anda akan hanya dapat menikmati 10 minit rancangan itu..baki 20 minit adalah iklan…dan perkataan atau luahan lumrah seperti di atas adalah tidak ubahnya seperti iklan yang sering kita tonton dan dimomokkan… Dalam pengamatan saya, perempuan akan memilih priority berikut : 1) muka – Di abad ini kalau anda berwajah seperti tom cruise atau anuar zain anda patut bersyukur anda lulus ujian tapi nanti dulu ada lagi…2) Kerja- kalau anda ada kerja tetap lagi bagus…peluang cerah…Lain2? Iklan semata-mata
KAH….KAH…KAH ( Saupi Tengah ketawa begini durasi antara Kah pertama dan seterusnya adalah 3-5 saat memang mental la lu sopi)

Tag Dari Eezmo

X pasal-pasal aku kena tag dengan Pn Ida, Isterinya En. Izhan

Where you & I met.?
Seigt aku kita jumpe 1st time kat bus stand tanjung masa aku temankan Yayam mu menghantar mu blk ke uitm.. Tapi kenal-kenal masa kamu sudah bergelar isteri Izhan la..

2. How long have you known me.?
X igt la bape tahun, bape taun doh kawin ngan Izhan?

3. The last time we saw each other.?
Baru semalam ork..ida ni ye suke sgt mkn roti canai…

4. Your first impression of me upon meeting/seeing me.?
Slamber sangat minah ni blh join member-member suami dia mengeteh berejam-rejam (rejam sampai mati kahkahkah)..set2 bahang rambang jugok ni…

5. Am i funny.?
X sgt kot…tapi kalau tgk dari belakang masa jln-jln dgn izhan mmg anda berjaya membuahkan senyuman daripada aku…macam peguin bercinta kahkahkah…tp best ah tgk…unit ah, eh unik aaa n cool

6. What is my favourite music.?
Mane aku tau…tp sebab aku dgr dia ni rajin nyanyi nyanyu lagu wings, mesti dia minat wings…x pun terpengaruh dengan husband die.. dan semestinya dia suke sleepy Jeremy sbb husband die main dalam band tu, apa lagi skarang ni husband dia ada ambik kelas vocal ngan Cikgu Sulizi dikir barat tu…mesti dia bertambah minat lg..ye x?

8. have you ever hugged me.?
Eh, x pernah… sape buat fitnah ni… nak kene pelempang ngan izhan kalu pun tersalah ni

9. If there was one good nickname for me, what would it be.?
Jason King, eh Jason King laki kan? Da la..oblada obladi

10. Tell me 1 of my weakness.
Nati aku tanya izhan neh

11. Where do you think I will be in 25 years.?
Eh, dok 25 lagi ke?

12. What is the most memorable event that spent with me, you can ever forget?
Eh, mende soalan gini ni, ingat aku kasih mung ke? Bahye soalan ni kalu izhan tengok ni

13. Will you re-post this so I can fill this out for you ?
Not sure

Sunday, March 22, 2009

JaGunG! # 2

Hahaha, aku bakal dapat meja dalam sehari dua lagi… sekarang tengah duk renovate kelas dan nak pecahkan situ dan sini..kasik besar dan gempak sikit.. tapi dalam sari dua ni terpaksala aku menanggung pedih menahan telinga mendengar suara kanak-kanak istimewa dan cikgu cikgi membebel kerana kesemua tiga kelas kanak-kanak istimewa ni terpaksa berkongsi satu kelas.. tiga kelas dalam satu kelas yang sempit dan x ada penghadang..kiranya kalau budak kelas aku menggeliat memang kenala tangan bdk tu kat kepala @ lubang hidung budak kelas sebelah dan begitula sebaliknya… memang cacamerba habis…. Yang baiknya satu dua hari lagi aku akn dapat meja… takdela aku kena lepak bawah pokok lagi. Yang tak baiknya, aku rasa aku x lepak mana pun kat meja aku nanti sebab semua kakitangan kat situ pompuan, aku sorang je laki.. tensi betul… nila sebabnya aku rasa mcm nk quit je jadi murahguru tandori payat dan jadi seorang penjual jagung full time hahaha.. tapi jual jagung ni pun x menentu jugak, tgkla mcm baru-baru ni, jumaat blh neger, sabtu hujan..dan sekali lagi jumaat neger..sabtu hujan…alamatnya x terbakarla jagung aku…makanya rugila aku..untungnya izhan, awang dan yo sebab dapat jagung free… minggu ni pun sama, maka terpaksala aku dan rkn2 kolektif jagung segar memberikan jagung-jagung tu kepada cik we..utk dipasarkan secara mentah di pasar minggu.. ntah laku ntahkan tidak aku pun x tanya lagi…cakap pasal jagung ni, sebenarnya lama dah aku duk berangan ttg benda ni..dan ada kawan-kawan semaktab dan sesekolah aku dulu cakap aku “koya’ (angan-angan mat jenin).. apa-apa hal pun aku nak kongsi sedutan dari tulisan aku yang aku buat tahun lepas…tentang JAGUNG yg konon-kononya utk dimuatkan dlm narrator yg konon2nya akan terbit sebagai booklet rilisan terbaru kasih sayang.. hihi

“….Maka bermula alkisah dari mula menyarungkan kasut but getah, memegang parang dan seterusnya menebas semak-samun di hutan untuk dijadikan seekar ladang sehinggalah selesai dan berjaya mengutip hasil. Tanaman aku adalah jagung. Dari pada buah jagung ini aku akan menjadi kaya! Kaya! dan Kaya! Lagi. Apa tidaknya jagung aku boleh jual secara mentah, aku boleh juga jual jagung bakar dan aku boleh komersialkannya untuk dijadikan jagung manis dan juga pop corn. Oleh kerana itu aku buka pulak kedai dan kiosk2 produk makanan jagung dan aku akan jadi lebih kaya dari penjual jagung manis dan popcorn serta wafer kat Mydin Mall Kuala Terengganu. Daripada jagung juga aku akan hasilkan minyak jagung ,maklumlah orang kata minyak jagung ni baik untuk kesihatan, lagipun ianya adalah lebih mahal daripada minyak sawit;- jadi pada perkiraan aku, aku akan dapat lebih keuntungan.. Maka aku akan wujudkan sebuah kilang untuk memproses minyak jagung dan sudah semestinya aku akan pasarkan minyak jagung keluaran aku di setiap pasaraya-pasaraya di seluruh Malaysia termasuk Mydin Mall eh silap M-Mall (malu sangat nak sebut Mydin-porah!) kat Kuala Terengganu. Daun dan batang jagung pula aku akan jadikan makanan lembu kerana pada pengalaman aku yang lampau, waktu-waktu aku jadi pengembala lembu zaman dahulu kala, lembu amat meminati daun dan batang jagung. Jika lembu ibarat manusia, maka daun dan batang jagung ini adalah ibarat ayam KFC kat bus stand dan (dekat Mc Dda jual apa ha?) ha burger kat McD we like to move it-move it juga dekat bus stand. Amatlah lazatnya bagi lembu-lembu tersebut sehingga berpusu-pusulah orang menuju ke premis-premis yang aku sebutkan tadi. Oleh sebab itu aku ternak pulak lembu. Daripada lembu ni pulak, dagingnya aku akan jual secara mentah dan juga masak gulai kawah. Maka aku akan bukak pulak Restoran Gulai Kawah Kelantan. Nyamnyam. Kulit yang telah dilapah aku akan buat alat-alat muzik tradisional seperti rebana, kompang dan alatan gendang. Maka aku buka pulak sebuah kedai muzik tradisional dan barangan kulit. Bahkan tanduk dan kuku kaki haiwan tersebut pun aku boleh jual di situ. Dan tahinya pula, alamak tersalah cakap… najisnya [rakyat Malaysia mesti bercakap dengan sopan santun ; kalau babi kena tukar khinzir, kalau kencing kena tukar buang air kecil, tapi yang peliknya tak ada pulak aku dengar penyakit sawan khinzir melainkan sawan babi, tak ada pulak penyakit buang air kecil manis melainkan kencing manis:- kelakar] aku akan buat baja untuk tanaman jagung aku tadi. Save, smart dan yang penting menyahut seruan kerajaan supaya kitar semula. Ops botol dalam tong yang ini, tahi lembu di rumah Shabri. Dan apabila seruan kerajaan disambut baik maka bak tulisan papan besar kat tepi-tepi jalanraya Terengganu “MASA DEPAN MU TERJAMIN”. Justeru itu kita akan hidup Selamat, Aman, Makmur” dengan kadar jenayah paling tinggi di antara 3 negara- Hong Kong, Jepun dan Malaysia….”

Tuesday, March 17, 2009

Natang ape?


Ni spesie mende ni? ulor ke iblis? tengok kepala dia tu..bcabang dan muka dia hodoh yang amat, mcam watak jahat citer epik seram zaman dulu-dulu... tu aku shoot dari belakang, x berani aku nak shoot dari depan sebab masa aku gi kat depan dia, dia bangun..hi ngeri

Sunday, March 15, 2009

Bagaimana mengenal pasti kanak-kanak Kerencatan Mental

.AAMR (American Association on Mental retardation), mendefinisikan kerencatan akal sebagai suatu kurang upaya yang bercirikan kefungsian intelektual dan tingkah laku adaptif yang terhad. Kerencatan mental lazimnya berpunca sebelum umur 18 tahun. Ciri-ciri atau tanda-tanda kerencatan mental sahaja tidak dapat menentukan sama ada mereka yang difikirkan mengalami terencat mental adalah sah atau pun tidak selagi pengenalpastian yang betul dibuat.

Untuk mengenal pasti kanak-kanak kerencatan mental, lazimnya kita melihat dari dua sudut iaitu kefungsian intelektual dan tingkah laku adaptasi yang ditunjukkan oleh individu berkenaan.

1) Kefungsian Intelektual Bagi menaksir kefungsian intelektual, ujian kecerdasan (intelligent test) perlu dilaksanakan. Kecerdasan adalah merujuk kepada kebolehan mental umum yang melibatkan kebolehan mengamat, menaakul, menyelesaikan masalah, memahami, belajar dengan cepat, berfikir secara abstrak memahami idea dan dapat belajar daripada pengalaman.

2) Tingkah laku Adaptasi
Greenspan (1997), menerangkan bahawa Tingkah laku adaptasi (adaptive behaviour) ialah keberkesanan atau sejauh manakah seseorang kanak-kanak itu mempunyai kemahiran praktikal (practical skills), kemahiran sosial (social skills) dan kemahiran konseptual (conceptual skills) – yang dijelaskan sebagaimana berikut.

· Kemahiran Praktikal (Practical Skills): Merupakan kemahiran asas yang dilakukan setiap hari seperti makan, minum, memakai baju, bergerak kesana-sini, menyikat rambut, menggunakan tandas, mengambil ubat, menaiki kereta, mengemas rumah, menggunakan telefon dan sebagainya yang melibatkan pergerakan psikomotor dan amalan harian tanpa bantuan orang lain
Kemahiran Sosial (Social Skills): Kebolehan bersosial seperti bercampur gaul dengan orang lain, menghormati orang lain, mematuhi undang-undang, menunggu giliran dan sebagainya. Tanggungjawab social yang dipamerkan adalah sama dengan kanak-kanak normal yang sama-sama umur
Kemahiran Konseptual (conceptual skilss) Merupakan kemahiran yang bersifatkan memahami konsep seperti membaca, menulis, mengira, memahami konsep waktu, konsep wang dan lain-lain. Kemahiran konseptual yang dipamerkan adalah sama seperti yang dipamerkan oleh kanak-kanak biasa yang sama umur.

Tingkah laku adaptasi adalah sama pentingnya dengan Ujian Kerdasan IQ yang dibuat keatas kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah kerencatan mental. Guru pendidikan khas, perlu memahami bagaimanakah caranya untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mengalami masalah kerencatan mental kerana seringkali terjadi masalah tersalah penempatan ke atas kanak-kanak ini ke dalam kelompok lain atau kanak-kanak lain ke dalam kelompok ini

* Setelah meneliti statistik trafik, didapati ramai pengguna mengunjung blog ini melalui carian pada entri ini. Untuk makluman, jika anda mencari maklumat mengenai pendidikan khas, boleh juga ke blog saya yang menulis tentang perkara-perkara berkenaan di http://mince-pendidikankhas.blogspot.com

Jang dah kawin


Ni la gambar jang yang sudah bergelar laki orang. Aku kenal dia masa sama-sama belajar kat matrik uia dulu, walaupun dia sebenarnya duk sebelah kampung aku je. Dia memang seorang sahabat yang boleh mendengar masalah orang. Kalau x setuju dia senyap je (dengan aku le tp ngan kwn2 dia yang lain kuat jg betanya). Tapi dia dengar. Banyak zaman jugakla aku hidup dgn dia.. zaman student, zaman sama-sama jadi hawker, zaman a//mince, dan sekarang pun aku masih lg keluar minum dengannya. Jang ni, selain terer mengaji, dia juga terer main gitar...tp kalau bab jamm timing slalu out hahaha... Dan kalu pegang gitar karen mesti dia koya jadi superstar.. sama bongok dengan adik dia lempu

Jagung


Nama saya Hakimi b. Shamsudin. Saya berusia 11 tahun. Saya mengalami ADHD dan masalah pendengaran peringkat 'severe'. Saya tak tahu menulis. Jadi sape pulak yang menulis ini kalau bukan saya? Saya dilahirkan di kajang, pun begitu saya tak tahu di mana ibu saya berada. Ayah saya berada di Kelantan.. saya pun tak ingat kalau dia ayah saya.. Dia mengalami masalah jiwa.. tapi kadang-kadang dia ok dan boleh buat kerja ringan seperti memanjat kelapa. Saya suka bersekolah dan saya tak suka rumah. Sekolah pun suka akan saya..Di sekolah saya belajar erti mahu hidup, mahu gumbira, mahu bermain... Saya tak tahu nasib saya musim cuti sekolah ini. Saya sangat takut akan cuti sekolah sebab saya tak suka rumah. Mereka ahli keluarga dan saudara mara tapi saya tak rasa mereka memahami saya.. mereka hidup di planet zargus manakala saya hidup di planet bumi... saya rindu 2007 dan 2008