Thursday, March 26, 2009

SENI PERHUBUNGAN # 1 & 2

gambar hiasan

1) Helah bela diri seorang perempuan

Aku sebenarnya malas nak tulis bende ni, tapi dek kerana menyahut seruan Jang, aku tulislah jugak… Apa yang sebenarnya diminta jang bagi aku curahkan adalah cerita yang berlainan, tetapi adalah sangkut menyangkut sikit-sikit. Aku rasa ramai yang tak pernah dengar atau baca tulisan aku tentang bab-bab ni, sebab aku ni bukanlah seorang pujangga cinta, mahupun seorang kaunselor atau love consultant… tapi ketahuilah..ceh ketahuilah, mcm ayat-ayat kitab lama jer..ketahuilah beberapa petanda bahawa anda (lelaki) mungkin akan/telah ditolak oleh seseorang sebagai pasangan utk mendirikan rumah tangga…

1) bila dalam pertemuan /sms / telefon perempuan tu asyik mengingatkan “saya ni jahat tau!” atau “saya ni teruk sikit”
2) bila perempuan asyik mempersoalkan “blh ke awak terima saya?”
3) bila perempuan cakap “saya tak pandai masak, saya pandai makan je”
4) bila perempuan asyik tanya “mak ayah awak tak kisah ke?” walaupun anda telah berulang kali menyatakan tidak
5) bila perempuan tu tak banyak tanya pasal anda, asyik anda je tanya dia…
6) bila perempuan tu asyik tangguh je jawapan kepada persoalan perkahwinan
7) bila perempuan tu asyik tanya “sebab apa awak pilih saya”

2) Perempuan pilih siapa?

Dalam kes-kes matchmake atau bakal diperkenalkan seseorang, biasanye perempuan akan menyatakan antara lain;

a) “saya tak kesah asal dia boleh bimbing saya sudahla” ini termasuklah juga para artis..ada keinsafan jugak artis ni rupanya Kahkahkah atau
b) “saya kalu buleh nak hok smayang, hok (yang) lain tak kesahlah” atau
c) “saya tak kisah, asal dia boleh terima saya seadanya” atau
d) “Tak kisahlah rupa, kerja mende, asal dia baik, hormat orang tua”…blabala atau sekurang-kurangnya
e) “Saya tak kisah asal dia boleh jaga saya”

TIDAK! Kalau dalam series tv yang paling anda minati, yang berdurasi setengah jam…anda akan hanya dapat menikmati 10 minit rancangan itu..baki 20 minit adalah iklan…dan perkataan atau luahan lumrah seperti di atas adalah tidak ubahnya seperti iklan yang sering kita tonton dan dimomokkan… Dalam pengamatan saya, perempuan akan memilih priority berikut : 1) muka – Di abad ini kalau anda berwajah seperti tom cruise atau anuar zain anda patut bersyukur anda lulus ujian tapi nanti dulu ada lagi…2) Kerja- kalau anda ada kerja tetap lagi bagus…peluang cerah…Lain2? Iklan semata-mata
KAH….KAH…KAH ( Saupi Tengah ketawa begini durasi antara Kah pertama dan seterusnya adalah 3-5 saat memang mental la lu sopi)

5 comments:

  1. kisah dari pengalaman ke ning? huhu..
    lalala..
    Tapi ork, bgi pendapt sy la bile org puan wat kuar soklan2 gini, sbnrnye dat gurl adelah tdak yakin pad diri sendiri.. dan rase unsecure dgn lelaki tersebut. Dy tdk yakin bhawe dy dpt jadi sempurna di mate lelaki itu.. Kdg2 ape yg pompuan ckp dimlutnye lain, tapi di hati nye lain weiii.. cayela ckp den ni ha.. den ni kan pompuan.. salu jew wat gitu.. muahaha..

    ReplyDelete
  2. Betol sungguh (100 peratus betul) apa yang tuan hamba tulis. Diakui sejak tahun 1980'an lagi.
    Perempuan memang banyak menggunakan 'ayat-ayat buku teks' dalam bab ni. Hoih..

    'Lokek loceng bertatah perak
    Kerja gomeng pinangan 'sure' tak tolak'

    ReplyDelete
  3. my precious & Nafiri,

    tunggu siri SENI PERHUBUNGAN selanjutnya... kalu aku rajinla kan...kihkihkih. tq 4 e comments anyway... termasuklah sape2 yg sms aku dlm isu ni.. tapi jang gok bahang sedak

    ReplyDelete
  4. Senang citer, suruh mok je pilih calon menantu

    ReplyDelete
  5. Cursive,

    ni bkn masalah mak cari ke tok ki cari...ni masalah org puang

    ReplyDelete