Hahaha, aku bakal dapat meja dalam sehari dua lagi… sekarang tengah duk renovate kelas dan nak pecahkan situ dan sini..kasik besar dan gempak sikit.. tapi dalam sari dua ni terpaksala aku menanggung pedih menahan telinga mendengar suara kanak-kanak istimewa dan cikgu cikgi membebel kerana kesemua tiga kelas kanak-kanak istimewa ni terpaksa berkongsi satu kelas.. tiga kelas dalam satu kelas yang sempit dan x ada penghadang..kiranya kalau budak kelas aku menggeliat memang kenala tangan bdk tu kat kepala @ lubang hidung budak kelas sebelah dan begitula sebaliknya… memang cacamerba habis…. Yang baiknya satu dua hari lagi aku akn dapat meja… takdela aku kena lepak bawah pokok lagi. Yang tak baiknya, aku rasa aku x lepak mana pun kat meja aku nanti sebab semua kakitangan kat situ pompuan, aku sorang je laki.. tensi betul… nila sebabnya aku rasa mcm nk quit je jadi murahguru tandori payat dan jadi seorang penjual jagung full time hahaha.. tapi jual jagung ni pun x menentu jugak, tgkla mcm baru-baru ni, jumaat blh neger, sabtu hujan..dan sekali lagi jumaat neger..sabtu hujan…alamatnya x terbakarla jagung aku…makanya rugila aku..untungnya izhan, awang dan yo sebab dapat jagung free… minggu ni pun sama, maka terpaksala aku dan rkn2 kolektif jagung segar memberikan jagung-jagung tu kepada cik we..utk dipasarkan secara mentah di pasar minggu.. ntah laku ntahkan tidak aku pun x tanya lagi…cakap pasal jagung ni, sebenarnya lama dah aku duk berangan ttg benda ni..dan ada kawan-kawan semaktab dan sesekolah aku dulu cakap aku “koya’ (angan-angan mat jenin).. apa-apa hal pun aku nak kongsi sedutan dari tulisan aku yang aku buat tahun lepas…tentang JAGUNG yg konon-kononya utk dimuatkan dlm narrator yg konon2nya akan terbit sebagai booklet rilisan terbaru kasih sayang.. hihi
“….Maka bermula alkisah dari mula menyarungkan kasut but getah, memegang parang dan seterusnya menebas semak-samun di hutan untuk dijadikan seekar ladang sehinggalah selesai dan berjaya mengutip hasil. Tanaman aku adalah jagung. Dari pada buah jagung ini aku akan menjadi kaya! Kaya! dan Kaya! Lagi. Apa tidaknya jagung aku boleh jual secara mentah, aku boleh juga jual jagung bakar dan aku boleh komersialkannya untuk dijadikan jagung manis dan juga pop corn. Oleh kerana itu aku buka pulak kedai dan kiosk2 produk makanan jagung dan aku akan jadi lebih kaya dari penjual jagung manis dan popcorn serta wafer kat Mydin Mall Kuala Terengganu. Daripada jagung juga aku akan hasilkan minyak jagung ,maklumlah orang kata minyak jagung ni baik untuk kesihatan, lagipun ianya adalah lebih mahal daripada minyak sawit;- jadi pada perkiraan aku, aku akan dapat lebih keuntungan.. Maka aku akan wujudkan sebuah kilang untuk memproses minyak jagung dan sudah semestinya aku akan pasarkan minyak jagung keluaran aku di setiap pasaraya-pasaraya di seluruh Malaysia termasuk Mydin Mall eh silap M-Mall (malu sangat nak sebut Mydin-porah!) kat Kuala Terengganu. Daun dan batang jagung pula aku akan jadikan makanan lembu kerana pada pengalaman aku yang lampau, waktu-waktu aku jadi pengembala lembu zaman dahulu kala, lembu amat meminati daun dan batang jagung. Jika lembu ibarat manusia, maka daun dan batang jagung ini adalah ibarat ayam KFC kat bus stand dan (dekat Mc Dda jual apa ha?) ha burger kat McD we like to move it-move it juga dekat bus stand. Amatlah lazatnya bagi lembu-lembu tersebut sehingga berpusu-pusulah orang menuju ke premis-premis yang aku sebutkan tadi. Oleh sebab itu aku ternak pulak lembu. Daripada lembu ni pulak, dagingnya aku akan jual secara mentah dan juga masak gulai kawah. Maka aku akan bukak pulak Restoran Gulai Kawah Kelantan. Nyamnyam. Kulit yang telah dilapah aku akan buat alat-alat muzik tradisional seperti rebana, kompang dan alatan gendang. Maka aku buka pulak sebuah kedai muzik tradisional dan barangan kulit. Bahkan tanduk dan kuku kaki haiwan tersebut pun aku boleh jual di situ. Dan tahinya pula, alamak tersalah cakap… najisnya [rakyat Malaysia mesti bercakap dengan sopan santun ; kalau babi kena tukar khinzir, kalau kencing kena tukar buang air kecil, tapi yang peliknya tak ada pulak aku dengar penyakit sawan khinzir melainkan sawan babi, tak ada pulak penyakit buang air kecil manis melainkan kencing manis:- kelakar] aku akan buat baja untuk tanaman jagung aku tadi. Save, smart dan yang penting menyahut seruan kerajaan supaya kitar semula. Ops botol dalam tong yang ini, tahi lembu di rumah Shabri. Dan apabila seruan kerajaan disambut baik maka bak tulisan papan besar kat tepi-tepi jalanraya Terengganu “MASA DEPAN MU TERJAMIN”. Justeru itu kita akan hidup Selamat, Aman, Makmur” dengan kadar jenayah paling tinggi di antara 3 negara- Hong Kong, Jepun dan Malaysia….”
Mana tahu suatu hari nanti angan-angan untuk menjadi petani dan penjual lembu yang berjaya akan terlaksana.
ReplyDeletekemaren aku makan jagung.. beli kat Pasar Tani Rawang.. ade jagung rebus, jagung bakor, jagung blom masak, anok jagung.. rama gok org beli, aku rase kalu mun nok jual jagung full time kene buat variety gitu ahh.. buat ahh bubur jagung sekali nge corn in cup.. aku suke.. hehe
ReplyDeletebubur jagungggggggggg!!!! lame dok makan. behnyer...pengat jagung ler. :p~
ReplyDeleteAishah Jamal,
ReplyDeleteAmin...
Apih,
nati ah aku pikir..adam nge nadia wahi dok jagung?
Nizang,
jagung bakar beh gok, lesen majerin nge madu.. blengah habih muyut
nadia nge adam pon suke jagung.. kalu adam makan jagung, dier takmoh lepas2 takmoh buang batang jagung hok abih doh tu, kalu buang jugok ye nangih
ReplyDelete