.AAMR (American Association on Mental retardation), mendefinisikan kerencatan akal sebagai suatu kurang upaya yang bercirikan kefungsian intelektual dan tingkah laku adaptif yang terhad. Kerencatan mental lazimnya berpunca sebelum umur 18 tahun. Ciri-ciri atau tanda-tanda kerencatan mental sahaja tidak dapat menentukan sama ada mereka yang difikirkan mengalami terencat mental adalah sah atau pun tidak selagi pengenalpastian yang betul dibuat.
Untuk mengenal pasti kanak-kanak kerencatan mental, lazimnya kita melihat dari dua sudut iaitu kefungsian intelektual dan tingkah laku adaptasi yang ditunjukkan oleh individu berkenaan.
1) Kefungsian Intelektual Bagi menaksir kefungsian intelektual, ujian kecerdasan (intelligent test) perlu dilaksanakan. Kecerdasan adalah merujuk kepada kebolehan mental umum yang melibatkan kebolehan mengamat, menaakul, menyelesaikan masalah, memahami, belajar dengan cepat, berfikir secara abstrak memahami idea dan dapat belajar daripada pengalaman.
2) Tingkah laku Adaptasi
Greenspan (1997), menerangkan bahawa Tingkah laku adaptasi (adaptive behaviour) ialah keberkesanan atau sejauh manakah seseorang kanak-kanak itu mempunyai kemahiran praktikal (practical skills), kemahiran sosial (social skills) dan kemahiran konseptual (conceptual skills) – yang dijelaskan sebagaimana berikut.
· Kemahiran Praktikal (Practical Skills): Merupakan kemahiran asas yang dilakukan setiap hari seperti makan, minum, memakai baju, bergerak kesana-sini, menyikat rambut, menggunakan tandas, mengambil ubat, menaiki kereta, mengemas rumah, menggunakan telefon dan sebagainya yang melibatkan pergerakan psikomotor dan amalan harian tanpa bantuan orang lain
Kemahiran Sosial (Social Skills): Kebolehan bersosial seperti bercampur gaul dengan orang lain, menghormati orang lain, mematuhi undang-undang, menunggu giliran dan sebagainya. Tanggungjawab social yang dipamerkan adalah sama dengan kanak-kanak normal yang sama-sama umur
Kemahiran Konseptual (conceptual skilss) Merupakan kemahiran yang bersifatkan memahami konsep seperti membaca, menulis, mengira, memahami konsep waktu, konsep wang dan lain-lain. Kemahiran konseptual yang dipamerkan adalah sama seperti yang dipamerkan oleh kanak-kanak biasa yang sama umur.
Tingkah laku adaptasi adalah sama pentingnya dengan Ujian Kerdasan IQ yang dibuat keatas kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah kerencatan mental. Guru pendidikan khas, perlu memahami bagaimanakah caranya untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mengalami masalah kerencatan mental kerana seringkali terjadi masalah tersalah penempatan ke atas kanak-kanak ini ke dalam kelompok lain atau kanak-kanak lain ke dalam kelompok ini
* Setelah meneliti statistik trafik, didapati ramai pengguna mengunjung blog ini melalui carian pada entri ini. Untuk makluman, jika anda mencari maklumat mengenai pendidikan khas, boleh juga ke blog saya yang menulis tentang perkara-perkara berkenaan di http://mince-pendidikankhas.blogspot.com
No comments:
Post a Comment