Friday, April 3, 2009

JaGunG # 3

inilah gerai jagung kami kat Teluk Ketapang
ini pulak gambar peng'sehala'an jalan di bandaraya
K. Terengganu (di ambil pd mlm 31/3 arituh)

Hari ni, tak meniaga lagi... bukan sepenuhnya gara-gara hujan, tapi dek kerana dicampur kemalasan... start dari balik sembahyang jumaat lagi aku rasa malas...tengah-tengah menguruskan pak saudara aku membuang air, tiba-tiba terdengar pulak suara menjerit-jerit emak aku "weh, kawan mung tunggu lame doh"..dalam hati "aduh, cepatnya basri datang, nasik x makan lagi, mata x lelap lagi, paling tidak dapat lelap 1/2 jam dah ok". Tadi baru rebahkan badan kat sofa-sofi dgn niat nak lelapkan mata sekejap, pak sedara aku pulak panggil...membuang! potong stim betul... basri pulak apa kejadahnya x pukul 3 lg dah sampai ari ni nih. Tp oleh kerana dia datang, aku bergegas jugak siapkan bahan-bhn untuk berniaga.. sepantas kilat kami ke rumah Pok (sorg lagi ahli kolektif jagung)...sampai je, hujan dah mula turun sikit..aku lgsung x keluar dari kereta sbb dalam kepala aku x boleh berniaga dah ni..hujan. So aku cadangkan kitorang pegi minum...masa minum hujan dah start reda..langit dah kembali cerah..tp aku tgk masing-masing dah tak ade mood nak berniaga...aku pun.. tapi bile terpikir jagung banyak...rasa mcm rugi pun ada sebab aku rasa x dapat nak habiskan kesemuanya esok.. lusa dah x boleh berniaga... Oleh kerana nampak semuanya dah x de mood kitorang pun pergila jln-jln menghabiskan masa... ke mana? bandarayalah kah..kah..kah.. tgk jalan sehala..kih kih kih... apa kejadah MBKT ni buat jalan sehala kat tengah-tengah bandar ni, jalan bukannya jem tapi wat jalan sehala...kan susah kalau nak pegi ke mana-mana..panjang lengkuknya... atau memang sengaja nak menyusahkan...supaya nampak macam bandaraya sket...jalan sehala..jem..sibuk...kalau nak pergi kat sini kena lalu kat sinun...macam kolumpo, nampak dekat, tapi nak pergi x boleh terpaksa lalu jalan situ dan sini nak sampai..hahaha...

Eh, bandaraya sama ngan pilihanraya ke? Tadi Datuk Seri Najib, PM baru kita umumkan penggangtungan harakah dan Suara Keadilan dibebaskan.. x cukup dengan itu 13 orang tahanan ISA juga dibebaskan...syukur...atau mungkin tindakannya supaya beliau dianggap baik, tidak seburuk seperti tohmahan pembangkang? Hahaha atau disebabkan pilihanraya? Apa pun pengumuman itu menceriakan sedikit perasaan aku...lebih gembira para isteri Tahanan ISA dan editor kumpulan harakah dan suara keadilan dan banyak rakyat lain secara umumnya..aku percaya..eh bandaraya dengan pilihanraya ni mende beza, mende kaitan? pening-pening...nih mesti sebab aku kena hujan tadi..aduh sakitnya kepala aku!

p/s oleh kerana pilihan raya dah dekat aku postkan lirik lagu Kasih Sayang yang belum diriliskan buat tatapan semua

Wakil Rakyat

Apa guna jadi wakil rakyat
Kalau dah tahu diri tak boleh diharap
Semua kerja kau orang yang buat
Tapi duit berkantung semuanya kau lipat

Apa guna jadi wakil rakyat
Kalau kat tempat senidiri pun ramai yang merempat
Di kampong tak pernah terlihat kelibat
Atau hanya tidur saja di dewan rakyat

Projek mega di canang-canang
Konon membuka peluang pekerjaan
Rakyat dipinggir, import orang lain dating
Tak sampai setahun, (kau) dah jadi jutawan

Peluang pekerjaan dirampas orang
Bina bangunan menggapai awan
Rakyat tempatan terkebil memandang
Memang dasar YB setan

Makan angin sampai ke Taiwan
Guna duit rakyat habiskan duit kerajaan
Konon untuk tingkatkan pengetahuan
Pulang ke Negara tak ada Nampak hasilan

Wakil kaut Uwang
Wakil tambah hutang
Wakil tabor janji
Bila dapat duit lari
4/5 tahun dating lagi
Tunjuk muka raih undi.
Apa nak jadi?
Sudah menang tipu lagi.



9 comments:

  1. huu.. behnye jagung bakor..

    haha..maknanye badanraya kuala terengganu sudah pesat membangun laa tu bero oi, sbb tu ye buat jln sehale.. baru ler bandanraye namenye

    ReplyDelete
  2. haha, dia bukan pesat membangun, dia buat-buat pesat. ari tuh aku gi ke bandaraya ari sabtu...x de org, kete ade satu dua tiga.. ari isnin pun aku pegi, kebetulan aku kene gi buat urusan insuran bdk aku meninggai, lepas tu aku lepak ngan jang kat depan bank islam...waktu pejabat...x dok org jugok ade 2 3 buah kete lalu..lengang terus

    ReplyDelete
  3. lirik ade doh..lagu ade doh..drummer x dok ning!

    ReplyDelete
  4. jagung dalam gambo tu memang nampok best.

    untung jugok kalu gi bando keadaannya lengang. Tapi, pengalaman aku selalunya nasib tidak baik. sesok sokmo jln. nak kata jem dok la jugok.cuma sesak. Paling susoh nak cari parking. wallahua'lam

    ReplyDelete
  5. Hah? Bandaraya Kuala Terengganu lengang? fuhh.. aku pon nasib dok baik sokmo, time balik k.trg je mesti time cuti, kete banyok, jalan jem, parking susoh.. huhuhu.. kuala terengganu pesat membangun..

    drummer.. drummer.. di manakah dikao wahai drummer..

    ReplyDelete
  6. Jagong tu nampak cam sedap je. Lepas ni nak suruh hubby cari jagong pulak lah. Dulu-dulu saya pun ada tanam jagong kat belakang rumah tau. Kelakar bila Abah pesan masa nak letak biji benih tu kitaorang tak dibenarkan bercakap-cakap. Takut nanti isi jagung jadi jarang-jarang...he..he.. Sekali-sekala buat cokodok jagong best juga.

    ReplyDelete
  7. Saya ingin meminta pendapat cekgu-cekgi sekalian, sila ke url ini http://cuteshinkara.blogspot.com/2009/03/camne-nihcamni-lahbaca-dengan-nada.html (copy dan paste) pastu sile komentar skit kat adik ipor aku punye blog nih. Sekian, terima kaseh.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya jagung! Nanti kalau lewat gerai kamu saya akan singgah. Dan saya gembira Najib membebaskan tahanan ISA. Tetapi Najib boleh menjadi lebih popular jika dia mengkaji semula undang-undang yang kejam itu.

    ReplyDelete
  9. fastri
    parking mmg masalah kat bandar terengganu walaupun sebelum di naik tarafkan sbg bandaraya dulu-dulu lg...sbb dia x buat bnyk parking kahkahkah

    cursive
    balikla time dok cuti...mesti x dok orang dan mung rasa x beh duk di trganu... aku suka gak x dok org mcm di pmas..tapi di pekan pasir mas mmg parking x dok..molek gi ngan mutor je.

    aishah
    pantang larang tu mmg ade juga saya dengar dulu-dulu..sekarang ni pun org masih anggap gitu..bile tengok je jagung rongak, biasanya org tu cakap, ni mesti dia suka bercakap-cakap masa tanam jagung aritu nih...jagung buat bubur pun bes

    nafastari
    welcome welcome..kalau singgah tp x beli sepuluh bijik x bestla... Najib boleh jadi lebih dan lebih popular lagi kalau dia mansuhkan terus ISA

    ReplyDelete