Thursday, December 31, 2009

A for Arrogance (Agathocles)

Ini aku buat untuk Kasih Sayang, dan sememangnya Kasih Sayang untuk semua

Bumi Meretak...Humanis Terperap.. # 2

Tidur
walau mata tidak terpejam
Walau hari bergerak pantas
Walau kaki gah berjalan
Walau kudrat memerah keringat

Khayal
Walau pelali tidak disuntik
Walau air masih di muka
Walau makanan masih di mulut
Walau maut memberi tanda

Pulau makin jauh ke tengah dan ia terus mengecil
Daratan makin terhakis, air laut semakin hampir
Struktur tanah mula berubah, air bah makin selalu menyimbah
Tidak cukup musim untuk menadah
Kerana semuanya habis ditarah…

Cipta istilah
Mula mencari ahli geologi, mula menambah catatan sejarah
Rutin rakus terus di kejar, meski panduan, batin dan akal telah di surah
Pemanasan global terus disalah, di seret ke sana sini untuk berbalah

Berbagai mesyuarat diusahakan
Tak cukup konvensyen mencari penyelesaian
Rutin rakus tetap berjalan
Tak boleh halang, kerana semua cari makan
Mengkambing hitamkan pembangunan
Atas nama kesenangan semua orang
Atas nama membasmi kemiskinan
Atas nama mendaulatkan kerajaan

Ia kata, keramatnya tiada, pujangga tidak bersuara, auta-nistanya logika, kebenarannya ada, tapi hanya Cuma. Mesti waspada, harus jaga-jaga, wajar bangkit dari lena, tinggalkan khayal yang sia-sia.

Di depan apa kurangnya?
Realiti dari sebalik kata yang salah-menyalahi
Pembangunan untuk kesenangan,-kemewahan bagi mereka yang hanya berkedudukan
Untuk marhaen bersedialah mendepani bencana, kerana kita sentiasa berdiri
Mencari sesuap nasi untuk diri, untuk anak bini dan juga mereka yang duduk.
Sedang mereka yang duduk, di atas kerusi empuk melihat kuli-kuli membanting rutin rakus mereka, untuk kesenangan yang kawan-kawan kita hanya dapat tempiasnya, sedikit..tapi bala tetap menimpa!
Orang lain buat kerja, orang lain dapat malapetaka.
Melarat tidak sudahnya!

Salahkan perompak dan pencuri kecil
Bila rumah mewah dan perusahaan kau di pecah
Hey kau Kapitalis dan Hey kau kuku besi, berkata kau mereka itu penjenayah
Yang hati mereka telah dicuri dan dirompak oleh kesempitan
Yang disedut air-air jernih hatinya menjadi kering
Yang menjadi tidak cukup iman, tidak cukup moral untuk menjadi ‘orang’
Yang kau cuba bangunkan, kerana mereka ini tiada sekepeng modal untuk digelar insan
Yang ibu-bapanya kau jadikan hamba, untuk bersibuk-sibuk dengan kerja
Kerana istilah ‘senang’ kau janjikan, susah-payah tak terjumpa-jumpa
Sedang bangunan-bangunan hampir kesemua tempat bertanah kau bangunkan
Yang akhirnya bangunan bangunan ini menjadi bala golongan marhaen dan kawan-kawan kami :-
Yang terkena tempias istilah ‘senang’
Yang kau kata…… Celaka!

Cis Kapitalis
Gondol semua pasak bumi
Konon untuk menampung populasi
Bukan untuk kepentingan sendiri?

Di sini, bahkan di negara lain pun, populasi meningkat menjadi padat kerana kebanjiran warga yang kau panggil melalui pembangunan
Kau tarah bukit bukan kerana keperluan, tatapi kerana kemewahan
Kerana uwang, yang kau kuasakan, tanpa mengira apa fungsinya..(bukit gunung ganang)
Ahli geologis tidak berguna, saat bencana tidak tertimpa…mudah sahaja sifirnya! Cis!

Jika atas alasan keperluan menampung populasi, kenapa ramai orang yang bergelimpangan di India tidak berumah tidak dibantu. Di India banyak bukit boleh dijadikan penempatan, kau lacurkan ia untuk tujuan pelancongan berkelas tinggi.. biar rakyat sesak hina dina, biar selamanya menjadi hamba kerja…bahkan tanah datar pun banyak yang tidak terusik, tapi tidak kau peduli..kerana mereka tiada berkuasa beli…

Atas alasan populasi apakah ramai rakyat merempat di Indonesia? Tarah tempat tumpuan, tarah gunung-ganang, semuanya untuk orang berkedudukan..sedang marhaen tetap merempat…melarat, meminta-minta, bekerja keras menggunakan kudrat, hidup hanya Cuma-Cuma.

Cis kau pemerintah!
Dalam televisyen berapi-api
Di media cetak pun berperi-peri
Pembangunan sana- pembangunan sini
Tabur segala janji, racun para pengundi
Agung-agung dengan subsidi
Biar terasa terhutang budi
Wajib mengkikut ulul amri
Ini hakam, di sini adli!
Cis cis cis
Kerana kebijakan mereka
Marhaen menderita, terkebil memandang pembangunan yang dipacu
Dari hilir sampalah ke hulu
Menarah apa yang boleh di tarah
Teroka apa yang boleh dibuka
Kesannya kemudian kira
Sasarannya, mestilah dari kalangan mereka-mereka
Rakyat marhaen boleh di lupa
Dengan racun-racun subsidi
Dengan kotak peti televisi

Bumi Meretak..humanis terperak…jahanam
Kemusnahan pasti datang, aku kami dan kau tidak terlepaskan!

Sedang Mendengar ::::: Us & Them (Pink Floyd)

"Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri?" - Az Zumar 39:60

Sudah naik # 4

Tahun sudah naik satu
dari 9 ke 10 jadinya
umur sudah naik satu
tinggal kosong di belakang
satu cokeng timbul di depan

Apa mau buat?
Apa mau buat?

Gula sudah naik
Tengah malam masa tidak ada orang
Awas semut, jangan masuk dalam kantung
Jangan masuk dalam makanan
Jangan buat onar dalam minuman
Kalau tidak kau akan ku cincang!
Tapi semut naik juga
Itu kan makanan dia

Apa mau hairan?
Apa mau hairan?

Kasi angkat itu lantai
Biar ia tinggi
Kalau tak mampu suruh saja depa berenti
Biar depa reti
Tapi rumah tinggi mana pun kami daki juga
Dah memang rumah kita
Cari yang haram
Beralih yang seludup
Kena gaya TAX pun lingkup
Baru orang atas meletup

Apa mau susah?
Apa mau susah?

Aku dapat dua hadiah, kamu dapat satu
Satu minggu satu hadiah baru
Selamat tahun baru
Selamat melingkuplah lu!

Monday, December 28, 2009

Guane kate?



Kat mane ada jual pistol? Aku nak cari satu. Inikan negara yang macam citer hindustan...haha.

Saturday, December 26, 2009

Goccoh Bes



Dulu aku layan cerita ni, Kalau ada ulang tayangkan bes!

Wednesday, December 23, 2009

Kambing Hitam Lagi dan Lagi

Rentetan perjalanan dan peristiwa negara Malaysia sama macam plot2 dalam cerita hindustan. Dulu sudah cerita hindustan, sekarang sudah sudah sudah cerita hindustan lagi..cis!


Dalam isu enjin pesawat pemintas F-5E yang hilang ni, sapa pulak agaknya yang nak kena jadi KAMBING HITAM?


Politicians lie while others die - I've had enough!
(ATR)




"mung nok bela kambing?, nanti ade pitih Ayah De beli sekor".. dia senyap tapi menunjukkan isyarat tangan 2. "Mung nok dua ekor?". Jawab dia " Hor, tine sekor jatan se (seekor betina dan seekor jantan). "Ok bereh, aku beli mung jage..anok pertama hok mung, anok kedua hok Ayoh De anok ketiga hok mung, anok kepat hok ayoh de, anok kelima ke atas sume hok mung!". Jawab die, "bereh". Ayah De menambah lagi, "Anok kambing mung, bila besor ...beranok, jadi anok mung la" " woh, jahat ngat, bakpe anok Dahhan anok kambing?" nota : Dahhan adalah nama si anak kecil



Sedang mendengar :::: Delete Yourself! - Atari Teenage Riot

"sesungguhnya, orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan beroleh ampunan dan pahala yang besar" - Al-Mulk 67:12

Tuesday, December 22, 2009

KWEK KWEK KWEK - Iwan Fals

Semalam aku pergi hantar anak saudara untuk temuduga MRSM di Kota Putera Besut. Diberitakan, yang dipanggil temuduga untuk ke maktab itu berjumlah seribu lebih orang...yang nak ambil hanya 180 orang...erk!

Nak balik dah, tiba-tiba tersasar ke tempat nih. "Gi round dulu kata anak yang lebih kecil daripada yang lebih besar". "Mana? Kota Bharu?" "Hor kota Bharu".........................................
"SELAMAT DATANG KE KELANTAN!" Kata anak yang lebih kecil "kata nak gi Kota Bharu, bakpe gi kelatang pulok?"

Dan di KHP aku terbeli pulak benda-benda ni


Dan sudut bilik bujang ini sudah tentu akan bertambah bersepah.


Sebelah malamnya pula, tidurku di datangi mimpi ngeri. Mimpi yang menyaksikan nyawa melayang. Mimpi yang menyaksikan aksi perlawanan...aku lawan dan aku kalah.. mimpi yang membuatkan aku berlari tidak cukup tanah.

Tersedar, aku dapati tangan aku aku bersilangan di atas kepala...cis! tapi bagusnya mimpi ini membuatkan aku bangun awal, dan tak mahu tidur lagi!

(seorang pemuda kelihatan menggeletek kaki dua orang anak kecil.. merengkuk mereka keasyikan tidur dek kerana cuaca yang sejuk dan berangin..tapi paksa-paksa bangun juga)

anak kecil : Bakpe?
Pemuda itu : Subuh, subuh (gerakan bibir tanpa suara)
Anak kecil 1: Bakpe kejjap ngat tidur?

Sedang mendengar :::: Loud and Clear - The Cranberries

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada" - Al Hajj 22:46

Thursday, December 17, 2009

Pindah!

Ini sedutan dari PERAK DARUL KARTUN. Berbaloi kalau beli dan baca. Selain dari kartun2 yang bermesej idea daripada kartunis zunar dan konco-konco ada juga tulisan2 yang bukan kartun yang disampaikan oleh orang-orang hebat seperti A. Samad Said, Hishamudin Rais, Pyan Habib dan Rahmat Haron... Alamak kat halaman kedua ni ada ada tercetak HAK CIPTA TERPELIHARA, agak2 kena saman jugak ke aku ni?


Ini pulak CD yang dikirimkan oleh seorang rakan yang menganggotai kumpulan ini. Aku tak tahu motif kenapa dia kirimkan CD ini pada aku melalui seorang teman yang lain, walhal dia sendiri sudah tahu aku sudah pun copy CD ni dalam bentuk MP3 semasa aku melawatnya di Taman Melati dahulu. Jadi aku ambik keputusan untuk reviewlah sikit rilisan ini. Sudah sangat lama berada di pasaran, tapi aku rasa kalau toko-toko kaset biasa confirm tadak CD ni. Dianggotai oleh 7 orang anak muda, semuanya lulusan UIA. Antaranya yang satu batch dengan aku dan yang senior2. Kalau yang terjerumus dalam metal scene dulu-dulu mesti familiar dengan beberapa orang personal dalam kumpulan ini...tapi tunggu, ini bukanlah CDmuzik metal atau yang berat-berat..ia adalah muzik santai tradisional-moden yang menyedapkan halwa telinga. Ada 5 buah lagu, semuanya disusun dengan baik dengan acuan alat muzik moden seperti bass, gitar dan biola dan alatan muzik tradisional seperti gambus dan rebana / darbuka. Lirik-lirik berkisarkan kepada keTuhanan, kasih sayang anak ibu dan ada yang berbentuk menyindir..siapa yang disindir? Hahaha...Sungguh asyik didengar waktu-waktu lapang di kala petang, apa lagi jika berada di pantai..asalnya Dewangga Sakti adalah kumpulan muzik Gamelan yang dianggotai oleh beberapa orang dari mereka semasa di UIA. Koleksi yang agak mesti nih!

Ini pulak, Cd dari Meor..aku memang minat meor sejak pertama kali dengar lagu " itu padang..aku di situ". Ini betul-betul lagu rakyat seperti tajuknya.. ada 10 lagu yang kesemuanya bes bagiku. Kalau aku sebut tajuk lagu-lagu ni mesti orang tahu arah lirik keseluruhan album ini. Ok aku sebut antaranya adalah seperti ISA, Bappakku Seorang YB, Rakyat Bersatu, Shuhada Memali, Kejalan Lagi...lenguh nak taiplah woi... lagipun tadak masa dah ni, sat gi nak tengok bola Malaysia vs Vietnam pulak ni. Apa pun ini jugak Cd yang patut dijadikan koleksi jugak. Ini album Folk of the Year! Antara penyumbang lirik adalah seperti Amir Hamzah, Black, Pyan Habib, Abdullah Jones dan ramai lagi.. wah bola dah nak start..

Akhirnya, bola-bola jugak, doa akhir tahun dan awal tahun jangan lupa baca!!! Selamat menyambut Maal Hijrah 1431

Sunday, December 6, 2009

Top Up Kepala (Nospan)

Sungguh 'sangat bermakna' cuti aku pada kali ini. Rutin harian di kala siang lebih banyak masa-masa dibuang untuk berada dalam kedaan pegun- tapi bergerak - ada flow cerita - tapi tak ikut 'sequence' - dalam tidak sedar. Dalam cuti begini, banyak juga aku menghabiskan masa dengan membaca buku yang memang aku niatkan untuk tidak dihabiskan secara total.. itu pun pembacaan aku sering kali diambil alih oleh tugas-tugas drama dan filem-filem serta kehidupan aku yang aku sendiri saksikan. Ia menolong mempercepatkan objektif pembacaan aku...iaitu : jangan baca sampai habis! Dalam cuti ini juga aku telah mula terjerumus ke alam 'game' aplikasi capaian internet..sungguh celaka!!

Tadi secara sengaja aku melekakan diri menonton setiap perlawanan badminton masters final. Mak terkejut kerana melihat perangai aku yang sering kali ketawa berdekah-dekah menyaksikan perlawanan-perlawanan tersebut. "Doh kat mana kelakor?" tegurnya yang melihatkan perangai aku yang asyik berdekah-dekah itu laksana menonton cerita "madu tiga' atau siri komedi bujang lapok atau doremi arahan P.Ramlee. Soalan itu sengaja aku tak jawab atau aku memang keliru nak jawab apa..jadi ia berlalu begitu sahaja.

Dulu, masa kecik-kecik kami selalu juga bermain badminton kat kampung..Ia satu permainan bermusim..Jika ada keriuhan Piala Thomas dan Uber, masa tu jugalah kami budak-budak kecik sibuk bermain badminton. Banyak cara kami main badminton, dari main teboh-teboh (pukul) biasa tidak ber net, sehingga ke 'net pagar', sehingga ke net tali dan jaring2 pukat nelayan. Sangat seronok. Ia adalah salah satu permainan moden yang diacu dalam suasana kampung yang tiada kemudahan gelanggang dan alatan.

Selain badminton, banyak juga permainan dan sukan moden yang kami mainkan dengan edisi kampung, contohnya lompat tinggi di mana tiang dibuat daripada pelepah kelapa yang dibuang daunnya, tetapi ditinggalkan sedikit untuk dibuat takat/gred mata. Palangnya pula boleh sahaja digunakan daripada kayu yang bersaiz kecil dan ringan untuk ditampung oleh lebihan daun kelapa pada batang tiang tadi. Selain itu, kami juga bermain hoki ala kampung dimana stick hoki boleh sahaja dibuat daripada pelepah nibung atau pinang atau nipah..Ada juga yang menggunakan ranting pokok yang agak besar yang mempunyai bentuk seakan-akan stick hoki yang sebenar. Bolanya pula ada kalanya adalah dari buah jambu batu atau dari kertas yang digumpal membentuk bola. Bagi bola kertas kami biasanya akan membuat layer dari plastik bungkusan supaya lebih tahan daripada hancur dipukul oleh stick ciptaan kami sendiri, atau bila terjatuh ke dalam lopak air.

Disamping sukan-sukan yang disebutkan tadi, ada beberapa lagi jenis sukan moden yang kami versikan ia dalam bentuk kampung, antaranya ialah 'bola katok' (yang diadaptasikan dari baseball) dan bola sepak yang golnya dibuat dari batang nibung atau buluh, yang dimainkan kebanyakannya di dalam baroh (baroh ning mende ah dalam bahasa standard?).

Tapi dalam musim-musim tengkujuh begini sukan-sukan moden sebegitu biasanya tidak dimainkan. Malah sukan dan permainan tradisional pun tidak dimainkan. Kami budak-budak kecik lebih suka main air bah! Dari kampung, kami biasanya berbasikal ke sawmill di Banggol Air Lilih melalui jalan kampung untuk mencari lebihan kayu yang tidak diperlukan lagi oleh sawmill berkenaan. Kayu-kayu ini kami kutip hari demi hari. Bila cukup kami akan masuk ke kilang kami sendiri di kampung... dan bermulalah seni pertukangan yang akhirnya membuahkan sebuah perahu sekurang-kurangnya sebuah untuk satu isi rumah. Aku yang keras tangan ini pun berjaya juga menyiapkan perahu dengan petolongan kawan-kawan. Musim bah memang bes...itu dulu..sekarang kami semua dah jadi pengecut barangkali..bila musim bah je..jadi rungsing..sebab dah mula ada harta..sudah mula sayang harta..sudah mula sayang nyawa!!!!!!!

( Bila tgk kawan2 main Mafia Wars, aku teringat,,,dulu kami main perang betul-betul..berlari betul2..menyorok dalam semak betul-betul...agaknya lebih sihat dari menggunakan senjata canggih, tapi sakit pinggan mengadap komputer :p )

Saturday, November 28, 2009

Wednesday, November 25, 2009

HARTA!!!!

sketch oleh : Jang Manteras
sumber: arkib A//mince


Ahad baru-baru ini Fazri, Izhan dan isterinya Rafidah serta aku telah menghadiri walimatul urus di rumah Adi. Ye, Adi hok dulu suka tidur bawah baju kat A//mince. Itulah dia! Dia sudah besar! Dan sudah pun selamat diijabkabul dan bergelar seorang suami. Kami hanya berkesempatan untuk pergi kenduri last pasangan pengantin baru itu, iaitu pada hari ketiga...di rumah Adi. Itu cerita lain, cerita yang tak berapa bes...cerita orang kawin berlambak!... Foto-foto perkahwinan beliau dan pasangannya pun bersepah-sepah kat facebook, macam kawin2 artis dan anak2 menteri...

aktiviti santai sambil diiringi petikan gitar oleh Eder...
dan ketukan dram angin dari matlo


Selain menunaikan kewajipan walimah, aku juga mempunyai hajat untuk berjumpa seseorang...sepupunya, Marol (tak perlu ditambah gelaran belakangnya haha). Dan sebagaimana dijangka, aku berjaya menemuinya. Malah, kami (Fazri, Izhan dan aku) juga berjaya menemui beberapa rakan lama yang tidak ketemu. Eder, kini sudah berjambang, dan sudah kurus sedikit, mungkin berat badan yang ideal dengan susuk kerangka tubuhnya... juga Abu, yang semakin jelas ke'khalid jamlus'annya dan beberapa muka lain yang agak 'familiar'. Agak lama kami di rumah Adi, ternyata perangai geng-geng lama ini tidak banyak berubah...masih lagi bongok macam dulu-dulu hahaha, tapi ia memang sesuatu yang aku suka..Gurauan-gurauan mereka mengingatkan aku pada satu tempat yang dulu aku diaminya dengan begitu tekun... Dan keletah serta kerenah watak-watak yang selalu mendatanginya... Mungkin jika kami lepak lama sedikit, kami berjaya menjumpai beberapa orang lagi rakan lama yang tak ditemui... Dan mereka yang aku maksudkan di sini semestinyalah mereka yang menyumbang ke arah pengwujudan komuniti di tempat yang kami panggil A//Mince (sebelumnya dikenali sebagai Kamaz Studio).

perbincangan dengan Amnesty International Malaysia

Baik dari mula-mula kewujudan Kamaz Studio, mahupun sambungan daripada A//Mince (yang kami panggil Infoshop dan studio), ia telah berjaya mengumpulkan satu komuniti dan pelbagai karekter serta watak hidup yang bergerak yang mempunyai cerita-ceritanya yang tersendiri. Ini zaman, zaman semangat. Zaman ini, zaman budaya perlawanan. Zaman protest. Zaman menuju kematangan, zaman belajar berkenalan, zaman kerjasama, zaman remaja/retua. Zaman kebangkitan sekelompok komuniti anak muda. Bila aku sebut zaman anak muda, bukanlah bermakna aku sudah pun tua..kalau diikut umur, masih boleh menerajui pemuda Umno, atau Dewan Pemuda Pas, atau Angkatan Muda Keadilan atau pemuda DAP. Tapi zaman itu adalah zaman jiwa gelodak berperang dengan nafsu-nafsi setiakawan, perlawanan dari punca ketipuan, kesepakatan dari persamaan pemikiran dan bermacam-macam. Semangat dia lain daripada semangat zaman aku sedang menulis tulisan ini.

aktiviti membaca kitab menghilangkan tensen

Di sini tempat aku cari makan (A//Mince). Di sini juga tempat kami berkumpul..beramah mesra dan saling kenal-mengenali. Dari Tanjung ke MHC hingga ke segnap negeri hingga sejauh Johor hingga sejauh Nepal hingga sejauh Jerman sampai ke sejauh Amerika.Dari budak-budak sekolah kepada golongan penganggur kepada mat kilang kepada bussinesman dan lain-lain...juga dari pelbagai peringkat usia juga kelas ekonomi dari marhaen kepada golongan berada kepada golongan kerabat diraja. Gelaran-gelaran tertentu diletakkan kepada personal-personal tertentu. Abu-Unite!, Azli-kaki, Marol-bodo/gile (kalu marul baca mesti maroh ni,..sori bro, tulisan ini terlalu telus..mung tahulah budok2 ning jahat, ye panggil mung gitu) [walaupun dia tidaklah bodoh mahupun gile pada hakikat sebenarnya], Shah-setan, Marul-tokey, Ezart-tindik, Ujay-manusia soalan, basri-jaya, Yuh-skate/baygon. Sesetengahnya nama sendiri adalah gelaran; Acong, lempu, Matlo. Segelintirnya pula dibayangi dengan nama band yang dianggotainya atau dengan zine yang dikarangnya; nizang-Mosh, Duang Strict Tease dan sesetengahnya lagi tidak bergelar, tetapi dikenali. Dan di sini juga tempat kami beraktiviti, dari berjamming, bermain kad, lepaking, sleeping (aktiviti ke?) hingga ke menelaah, belajar, mengajar, bermesyuarat, serta menjalankan aktiviti sosial+educational seperti free food serving dan bengkel.

aktiviti memasak untuk keamanan

Dahsyat! Di sini tempat kebisingan tercerna, dengan pelbagai jenis bunyi-bunyian dari yang lembut kepada yang keras-keras. Tempat darah bertemu 'snare'. tempat darah bertemu gitar. Tempat orang melalak sampai terguling-guling, tempat budak-budak botak melompat sambil menyanyi kegirangan, tempat punk-punk bus stand melepaskan geram (yang menyebabkan kami sesekali menjadi seram). Ini semua kegilaan dan semangat anak muda yang tak tahu punca di mana, pusat di mana kepala di mana. Hahaha. Di sini tempat personal-personal mengorak hidup..dari perkawanan sehingga timbul permusuhan kecil, di sini tempat personal-personal mengorak hidup belajar mencari keberjayaan. Di sini tempat pertemuan dan di sini tempat perpisahan yang sementara dan yang bakal menjadi kekal..mungkin. Ia sungguh seperti yang digambarkan oleh Jang manteras. A story of Human's life (lihat sketch di atas)

A//mince terpaksa juga dikorbankan akhirnya...the rest is history.


SELAMAT HARI RAYA EIDIL ADHA. SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH KORBAN.
Individu-individu yang terlibat dalam zaman:) semua di Strict Tease, semua di Kasih Sayang, semua di Eke, semua di Gastacops, semua di Jellybelly, semua di Sleepy Jeremy, semua di Kindsadist, semua di Kill Bridgete, semua di Old Parasite, Adi dan pasangan (selamat pengatin baru juga), Matyi Saturnalia, The Farouk, Awang dok duli, Muiz, Kelong, Jang Manteras, mat pit, kebi, Acom, Marul tokey, Azli, Iwang, dan semua yang aku ingat dan dok ingat

Juga kepada sesiapa sahaja..kaum muslimin dan muslimat.


Dalam memori : Allahyarham Ahmad Sharham (Ah) 1983 -2008. Al-fatihah
(arwah pernah mendiam dan belajar di A//mince buat sekian masa yang agak lama)

Chin Peng Nak Balik Malaysia biarlah oi..korang marah-marah dengki dengki ni apasal..aaaa tuk aku kaa kaa kaa ta, chin peng ba ba ba ba ik aaaaa aa apa! pepepepepejuang kekeke...merdeka..an tu.

p/s: Maaf gambar-gambar tidak terang sebab aku takde scanner. Aku tangkap balik dengan guna hp cikai je. Gambar-gambar adalah dari sumber arkib.

Sedang Mendengar :::: SSK an ode to a//mince -coalitioners

'Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah' - Al-Kautsar 108:2

Monday, November 23, 2009

Asmaradana

Ini adalah budak-budak Sek Men Agama Chung Hwa Wei Sin

Ni, apa kejadah memasak dalam dorm ni? Asrama x sediakan makanan ke?


Tingkatan 1-3 tinggal di asrama : SMASZAL

Tingkatan 4-5 duduk asrama lagi : SMAASZA

Umur 18, pun duk asrama walaupun 1 bulan cuma : KUSZA

Lepas tu duk asrama lagi bila hijrah ke Kuala Lumpur : SDAF College IIUMMC

Hijrah ke Gombak, mana lagi asrama la : Mahhallat Asma' IIUM

Kalau hospital nama asrama, mesti aku letak jugak tempat lepak aku di situ

Balik ke asrama lama : SDAF College IIUMMC

Hijrah pula ke PJ, juga tinggal di asrama : Saidina Abu Bakar College, IIUMMC

lagi-lagi duk asrama, tak puas-puas : Mahallat Bilal, IIUM

Umur dah 24 tahun pun, masih duduk asrama lagi : Kolej Aman, MPIK

Kerja pun kena duduk asrama : Aspura SKPX XXXX

Tahun ni aku dah tak payah tinggal di asrama yeay!!!

Pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan SPM dan STPM di Kelantan terpaksa tinggal di asrama lantaran banjir...Dan asrama tersebut terpaksa dikongsi bersama dengan mangsa-mangsa banjir di kawasan setempat...Kesian nak belajar pun terganggu, nak periksa pun tak selesa.

Sunday, November 22, 2009

Sudah Naik # 3 ke?

tenang : sebelum naik

Tinggi melambung gelombang
Rehat mata pencarian
Berbuih putih menghempas
Sebulan 'rezeki tetap' melepas

Puyu, sepat, haruan
Sudah mula masuk gelanggang
Rezeki anak dalam hujan
Ibu di rumah tetap tak paham

Larangan di ajarkan
Bahaya kata ibu;-
Jadi manja mengadap komputer
Selut tidak lagi menjadi kawan
Ikan jiran juga menjadi impian
dapat 'taun' tidak padan!!!
Berdekah-dekah ketawa
Mengalir juga air jernih simpati
pada mangsa...

Lembu sudah pening kepala
Padang ragut tidak kelihatan
Mujur di zaman ini tidak kena paksa
Mencerut dengan perahu; menyelam-menyadat
Untung betul
Mujur sungguh
Biar pengalaman tidak diperoleh
Asal senang...
Biar mati cerita lama tidak terbuku
Sebab sekarang zaman maju
Yang ini, sungguh tidak perlu

ABC tidak dipuja,
Tukang buat bertukar kerja; sementara
semusim ini...musim bangsawan Juh
Jenuh juga, mencari ikhtiar
Supaya perut tidak lapar...
Apa kan daya, kemahiran hanya itu cuma..
Nasiblah...
Ini bencana yang bisa di duga..
Pandai menyimpan, hidup jua
Walau terkial, tapi masih bernyawa

Masjid ditandang,
Walau jemaah tidak kelihatan
Masa inilah mengenal rumah Tuhan

Sekolah tetap beroperasi
Walau haribulannya sudah cuti
Orang tua bersekolah juga
Muda mudi berpesta ria- dalam tangis dalam ketawa



susah : sudah naik

Sedang mendengar :::: Setelah Hujan -Search

Dan kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan kepada Allah-lah kembali (semua makhluk). - An Nuur 24:42

Sunday, November 15, 2009

Anak Cina (kemaskini)

Gambar Hiasan


Soh Beng Ah


? ? ?

cerita 1

Malam itu, Zukri naik bas..dalam hatinya, "naik, memang aku tidur terus ah ni". Maklumlah, Zukri agak kepenatan sedikit hari itu, tak sempat langsung untuk mencuri sekelumit masa buat melelapkan mata pada siang harinya. Dia tengok no 'seat' - 2A.."Hah, ni mesti single seat, lenalah aku malam ni' fikirnya. Bila melangkah masuk ke dalam perut bas, Zukri terus dengan yakin mencari seat single di bahagian depan, tak ada. Pandang ke kiri, nampak tu dia. Double. Sebelah dah ada orang duduk sambil memandang keluar tingkap. Perempuan. Demi je Zukri duduk, perempuan di sebelah memandangnya sambil tersenyum manis...anak cina. Zukri buat tak tahu je, sebab dalam hati dia zzzzzz je. Baru je Zukri nak melelapkan mata, ada pulak seorang kenalan yang naik bas sama, duduk di belakang. Jenuh juge Zukri melayan kenalannya itu bercakap, sakit2 tengkuknya kerana berpaling ke belakang. Mata yang tadi mengantuk lama-kelamaan menjadi segar dan aktif. Kenalan yang mengajaknya berbual pula yang alih-alih mengantuk dan minta izin mengundurkan diri untuk lena di ulit intan. Zukri kembali menegak ke hadapan, dan menyondongkan sedikit seat untuk tidur, walaupun matanya sudah tidak mengantuk, sedang anak cina tadi dilihatnya sedang 'cerah mata' memandang keluar tingkap sisi dan cermin hadapan sambil duduk tegap di atas seat tanpa menyandarkan diri. Sesekali memandang ke arah zukri sambil tersenyum.."Tak boleh tidurlah agaknya tu" hati Zukri mengadabi

Sedang Zukri memejamkan matanya yang tidak mengantuk itu, fikirannya tiba-tiba terganggu oleh kata-kata sahabatnya satu ketika dahulu. Masrul nama sahabatnya itu... katanya, "like u said before laa..mungkin jodohmu dengan orang asing". Orang asing yang dimaksudkan oleh Masrul telah sedia maklum oleh pengetahuan Zukri; iaitu orang bukan melayu.. Zukri mula pikir macam2, "betul ke? mungkin agaknya" fikir Zukri. "Tak salah kalau aku cuba, mana tau boleh bawak jodoh betul" fikir Zukri lagi... Bila Zukri membuka mata, dilihatnya anak cina tersebut masih belum tidur dan asyik memandang ke sini dan ke sana. Zukri pejam mata lagi. Sambil memejamkan mata, Zukri memikirkan macamana cara nak memulakan perbualan. Akhirnya Zukri membuka mata kembali dan bersedia memulakan perbualan, Zukri menegak dari kerusi sandarannya sambil tersipu-sipu memulakan perbualan. "Sapa nama?" SOH BENG AH!!!!!! jawab anak cina itu dengan nada menjerit sampai Zukri terpaksa menutup kedua-dua telinganya dengan tapak tangan, tetapi masih lagi terdengar suara anak cina tersebut...

Zukri tersenyum sambil matanya masih lagi terpejam rapat dan badannya tersandar pada kerusi yang dicondongkannya. Dia tertidur sambil tersenyum.....KAHKAHKAHKAH.. lambat lagi la tuuu....

Cerita 2
.......nantilah

SOH BENG AH = DOK SOH TEBENG AH = TAK PAYAH BERSUNGGUH-SUNGGUH NAK CUBA LAH.

Ok ke ko citer ni?

Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian# di antara kamu, dan orang orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberiannya) lagi Maha Mengetahui
- An Nuur 24: 32

Saturday, November 14, 2009

1Malaysia 2, 3 lekuk !!!!

1. Hahahaha hahaha haha ha

2. Semalam aku balik dari KL. Ya, naik bas. Syukur, cuaca agak baik, jadi dari Stesen bas Kuala Terengganu ke rumah aku jalan kaki saje. Memang base tahi lalat kakki ah. Dulu, najid, mat (Inikah) boring je ngan aku sebab banyak destinasi yang kami tuju kena jalan kaki. Dahla gitu, kadang2 kena bawak gadget yang berat-berat, contohnya guitar dan juga keyboard. Aku ingat lagi Najid membebel-bebel 'natang gile yie..mapuh ah' sambil terpaksa membuntuti aku juga dengan membawa guitar dan keyboard ketika pulang dari Terengganu ke KL kalau tak silap aku. Fakhrul ngan Ejam, mungkin tak pernah rasa jalan kaki jarak jauh ngan aku kot? atau mungkinkah? ntah tak ingat. Hampir atau lebih seminggu lepas, aku jalan kaki juga dari Jaya Jusco Bukit Raja, ke Prescot Hotel di Klang. Dulu, Syawal, pernah juga ajak aku jalan kaki dari A//Mince ke rumahnya di Rhu Renggeh Marang. Aku 'on' je, dan kami berjalan menyusuri pantai Tanjung (ketika itu masih lagi pantai, sekarang sudah berbenteng), dan celah-celah setinggan pantai..sampai di batu buruk kami susur masuk ke jalan utama. Tiba-tiba syawal ke pondok talifon membuat satu panggilan. Bila kembali padaku yang menunggu ditepi jalan aku tanya, "call awek eh?", "tak" jawabnya. Dia menyambung lagi "aku call bapak aku la, kebetulan dia pun nak lalu jalan sini, so kita tumpang dia sajelah"..Ceh! kata aku dalam hatila..

3. Sebenarnya pernah dua tiga kali jugaklah, aku pulang dengan berjalan kaki dari stesen bas Tanjung ke rumah aku di Banggol Limau.. Mungkin ketika itu aku muda remaja..so tidak terasa sangat penat... tapi perjalanan semalam sedikit menimbulkan keraguan...kaki kanan aku terasa sakit..seperti juga perjalanan dari Jusco Bukit Raja ke Kelang, kaki kanan aku terasa sakit...tapi tidaklah aku memberitahu orang akan kesakitannya..buat-buat boo layan je. Yang meragukan aku ialah samada memang aku sudah kurang stamina yang mungkin kesan keletihannya tiba-tiba ter'set' dan dipindahkan kesalahannya kepada kaki kanan atau memang kaki kanan aku bermasalah..memang satu dua hari ni kaki kanan aku ada menggelupas kulitnya... Kata Mak, tu mungkin sebab sendi lari ari tu, dia baru bersalin kulit..heran jugak aku, sendi kan duduk di dalam, apa kaitan pulak dengan kulit..atau memang aku buta sains ke?

4. Malam semalam pulak aku berjumpa dengan rakan-rakan lama sekolah menengah. Bila bicara soal ini tiba-tiba mereka bertanya, tak terserempak dengan hantu ke? Aku menjawab 'ceh mana ade'. Lalu mereka bercerita tentang pembaiki jalan yang sering terserempak hantu di atas bukit kecil..kata mereka ada kubur cina kaya kat atas tu.. aku kata tak ada. Yang aku jumpe 3 orang cina tua berjalan kaki sambil membawa payung. Dua lelaki, satu perempuan yang terkebelakang sikit jalannya. Kata mereka "mung dok tengok molek ke kaki ye ada ke dok?". Apa punya soalan daaaa, dah aku jumpa dia jalan kaki sah-sahla kaki mereka ada. Tapi sebenarnya dalam perjalanan pulang tu aku takut jugak...Acu teke aku takut mende? Kalau dapat jawab aku bagi hadiah... errr Ejam, dah dapat ke hadiah yang aku pos tempoh hari?

5. Hahahahahahaha. Klu dah ada.. Dah ada klu...Ada dah klu. Ada klu dah.. hahaha. Haha. Ha!

Sedang Mendengar :::: Yang Terlupakan - Iwan Fals

Monday, November 2, 2009

Appaccan

Is On The Way...





3,4,5,6,7,8,9,10,--->Home again 11.




Sedang Mendengar ::: For The First Time Today (Roger Waters)

Friday, October 30, 2009

Celaka!!!

Dimanakah keluarga Robiah kini?
Masih hidup atau sudah mati?


Celaka sungguh bila tuhan tak banyak
Mesin basuh rosak tidak terbaiki
Televisyen tak nampak gambar tidak berganti

Celaka sungguh bila tuhan tak banyak
Kais hari ini, makan esok hari
Tutup lubang lama, lubang baru kena gali

Celaka sungguh bila tuhan tak banyak
Perit nak makan sekeping roti
Apa lagi melancong ke luar negeri
Kata Janis Joplin dan Ramones, bye bye baby

Celaka sungguh bila tuhan tak banyak
Hajat dihati dibiar mati
Ibarat harimau sakit gigi
Lauk di depan tak dapat dinikmati

Celaka sungguh bila tuhan tak banyak
Macam-macam boleh jadi
Takut nak jadi perompak, tukar jadi pencuri
Bukan apa cuma nak bagi makan anak bini

Celaka sungguh bila tuhan tak banyak
Dapat duit rasuah pun jadi
Halal haram letak ke tepi
Asal bangun pagi, terpampang rezeki

Celaka sungguh bila tuhan tak banyak
Orang gila pun tahu susah hati
Selagi tuhan tidak ditangan, selagi itulah meminta simpati
Pagi habis, petang minta lagi

Celaka sungguh bila tuhan tak banyak
Tawakkal, tawakkala, tawakkalu, tawakkuli
Letas baris atas, baris bawah, baris depan, baris mati
Cakap senangla kalau tak kena batang hidung sendiri

Aku pun tukang kata sama ; sabar - tawakkal!

dishuuummm ; Sekeping kertas bermaruah - wings, Duit - Kembara, Money is god - Full Throtle, Vitamin M - Kasih Sayang, Raja Kertas - XPDC
Sedang mendengar ::: Money - Pink Floyd

1- "Kalau seseorang itu lari daripada rezekinya, nescaya rezeki itu akan ikut dia laksana ajal mengikut tuannya"
2- "Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu" - Adz-Dzaariyaat 51: 22
3- "Dan tidak ada sesuatu binatang melata pun di bumi melainkan Allahlah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis di dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuzh)" - Huud 11:6

4- "Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian" - Adz-Dzaariyaat 51:19

Monday, October 26, 2009

Laporpo!!!

5+3 = 8 bukan 1Malysia


1. Baru-baru ni adik aku call, mintak no ic mak dengan ayah aku. Katanya nak jemput pegi konvo dia kat UIA. Ceh, bape kali konvo daa.. dulu dah sekali, sekarang sekali lagi. Aku haram tak pernah konvo walau sekali pun. Bukan kata nak konvo, naik atas pentas, terima sijil - nak berada dlm suasana konvo sendiri dengan kawan2 pun tak pernah dapat..Hahahaha nasib le kaduk

2. Cakap pasal konvo ni, dulu aku pernah pakai jubah konvo kakak aku masa dia grade, siap ambik2 gambar lagi..Kakak aku tu orang pertama dalam sejarah keluarga kami yang berjaya lulus universiti...dan berkata lah abang aku, "tebeng ah mung paka baju konvo awal2, kekgi mung x boleh konvo...Dijadikan cerite, ia telah pun terjadi...hahaha, tapi aku percaya ia bukan pasal 'tulah' kata-kata abang aku..walaupun kadang2 aku mari terpikir mcm nak percaya, tapi aku cepat2 buang..ceh buang karan je..

3. Aku teringat masa aku kat UIA dulu, time tiba minggu konvo je, mesti hidup aku tak keruan. Ialah, time konvo, kantin kolej sume kene tutup...yang ada pesta jual-jual kat tapak jualan convocation je. Maknanya, kalau aku nak makan aku kene menapak ke tapak pesta tu yang jauh dari kolej aku. Jarak dia adalah lebih kurang 1km lebih setelah melalui 'jalan potong'. Bila balik ke kolej balik, mesti aku dah lapar balik sebab letih berjalan. Dahlah harga makanan kat situ mahal nak mampus! Nak cari makan kat luar kampus, aku takde motor atau basikal atau lain-lain jenis kenderaan..sebab aku miskin masa tu kahkahkah. Masa tu, tengah muda jadi biasalah aku mencarut-carut "pakoh" Konvokesyen!

4. Amende x pasal-pasal cerite pasal konvo ni. Konvo ni bukan "kerajaan perpaduan" yang boleh dijadikan isu, yang boleh di cokek dan boleh jadi terlatah...ah..sudahla. Ok, kat bawah ni ada sikit titipan yang aku terjumpa dalam beg aku..ia kertas lama tulisan aku, dan bila aku belek-belek rupa-rupanya ia adalah satu daripada trilogi ke amende orang panggil, daripada 3 rangkaian puisi hampeh Air, Angin, dan Udara yang aku karang dulu. "Puisi lembing" ni telah dideklamasikan oleh seorang kawan, yang akhirnya huru-hara dewan bila menyaksikan lakonan terjemahan dari puisi tersebut terutama bila aksi bercumbuan sedang dilakukan. Dan ia akhirnya menerima teguran daripada pensyarah psikologi kami di maktab dulu...bukan pasal puisi, tapi sebab dia pakai selipar jepun kahkahkahkah

Angin


Bahang ini, panas ini mengingatkan aku; -
pada angin

Di saat ini, alangkah indahnya
Jika dapat aku merasa nikmat
Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa
Angin yang tulus, angin yang damai, angin yang berkat

Bahang ini, panas ini menyesakkan

"hidden feudalism!"

Membuat jelata cepat naik angin!


Bahang ini, panas ini membingitkan

Di jalanan, di kala malam

Ramai mat rempit main cucuk-cucuk angin

Bahang ini, panas ini merimaskan
Apa guna kipas angin?
Untuk siapa teknologi ini?

Untuk akukah untuk engkaukah?

Bahang ini, panas ini makin terasa

"di pusat-pusat peranginan"

Masakan pusat peranginan terasa bahang?

Panas! angin bertukar - nikmat menjadi maksiat


Di pusat peranginan ini, pusat peranginan sana

di mana-mana sahaja,
Angin datang membawa khabar
Bersama
hembusan nafas berpasang-pasang kekasih
Sesuatu telah berlaku
Sesuatu telah terjadi


Tangan merayap, dada berdakap

Mulut bertembung, setan masuk jarum

Laknat! (semua pejam mata)

Bahang ini, panas ini memilukan

Di Palestin sudah berapa tahun bang?
Di Iraq sudah berapa lama pakcik?
Usaha apa yang kita buat?

Perbincangan apa yang berjam-jam, bertahun-tahun?

Usaha bercakap pom pang pom pang
Hanyalah masuk angin - keluar asap!


Dan kami di sini memberi khabar

Bukan khabar angin

Memberi khabar
yang bukan khabar angin
Memberi khabar yang bukan khabar angin,

Betul ke? Ntahla..


" Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar ladi Maha Mengetahui " - Al-Hujuraat 49:1

Sedang mendengar ; Diamond and Rust - Joan Baez (boleh ke aku tiru ni makcu? hehehe)

Tuesday, October 20, 2009

Bahang tanoh, mapuh kerah cokeng!! One Malaysia

Istilah
Aku tak tahu siapa yang memberi istilah 'black monday'...mungkin orang yang mula-mula mengalami nasib buruk pada hari Isnin menamakan demikian. Kalau jatuh pada hari selasa, mungkin dia memberi istilah 'black tuesday' dan begitu juga pada hari-hari yang seterusnya, tapi aku tak pernah pulak dengar istilah 'black tuesday' ke, 'black wednesday' ke apa ke. Atau mungkin juga ada apa-apa kepercayaan ritual tentang hari isnin? sapa nak explain ni?...

Malang
Tapi semalam (Isnin), memang hari malang aku. Bermula dengan handphone yang terjatuh di atas katil di bilik hotel, dan selepas itu pulak aku sendiri pulak yang terjatuh, dan akhirnya kereta pulak meragam. Sehari sebelum itu, pada Ahad petang, ketika aku dan Muiz bergatal-gatal berkasih sayang, ditemani oleh Yoe (CSCD, SJ) menggantikan posisi Fazri buat sementara, aku mendapat panggilan dari seorang rakan dari Kelantan ditemani oleh seorang lagi rakannya (juga rakanku), mengatakan dia dalam perjalanan ke Terengganu untuk menghadiri kursus. Kata mereka, malam tu aku kena tidur di hotel bersama mereka kerana sudah lama x jumpe..banyak cerite kata mereka (padahal hari tu dah jumpe, dan akhir bulan 5 ari tu kami jumpe lagi kat Johor masa kejohanan olahraga). Dulu mereka pernah datang sekali di Felda Residence, tetapi aku menolak untuk bermalam di sana. Aku cuma melawat dan keluar berjalan-jalan je. Kali ini aku tak datang hati pulak untuk menolak, kan nanti dia kata aku tak suka melayan tetamu pulak.

Manusia derived from arabic word nasia =lupa. An nas = Manusia = Pelupa hahaha
Aku lupa samada aku betul-betul tertinggal handphone, atau ia memang menggelonsor keluar dari poket aku, semasa aku sedang menikmati kopi di atas katil sebelum bergegas ke sekolah. Tapi, seingat aku memang aku masukkan ia ke dalam poket. Setelah selesai minum kopi, cepat-cepat aku meninggalkan mereka di bilik tingkat 4 itu untuk bergegas ke sekolah, dan setibanya aku di pintu masuk hotel, cepat-cepat aku membukanya dan melangkah keluar, tetapi malangnya aku terjatuh kerana tidak perasan ada satu tangga di situ. Mengelepar aku seketika sambil menyebut-nyebut nama Yang Esa ( haha time sakit baru nak ingat Allah, manusia2). Memang sakit lain macam aku rasa ni, sakit sangat.. bukan sakit jatuh biasa-biasa. Tapi oleh kerana tak mahu lambat sampai ke sekolah, aku gagahkan jugak bangun cepat-cepat dan menuju ke kereta...Ketika memanaskan enjin aku duk tergosok-gosok lagi kaki aku. Lepas tu, bertolak laju-laju...

Dia buat hal lagi
Sampai di Bukit Perah, tiba-tiba kereta tak boleh masuk gear..ah jam!.."tak kan clutch dah habis pulak..baru je tukar, tak mungkin!" bisik hatiku. Aku ke tepi kiri jalan, agak lama aku cuba menekan clutch dan cuba masukkan gear, tapi tak boleh. Lama aku di situ. Aku terfikir untuk call penyelaras dan memberitahu aku mungkin tersangat lewat..tapi bila aku seluk poket, alamak...takde.."ni mesti terjatuh masa aku tersungkur kat depan pintu hotel ni' bisik hatiku, sambil2 berdoa supaya sebenarnya aku tertinggal kat bilik..walaupun hati aku kuat membuat tohmahan bahawa ia terjatuh masa aku accident tadi, sebab kuat betul perasaan aku mengatakan aku ambik phone masa nak gi sekolah tadi. Aku juga cuba mencari dicelah-celah seat kereta, dengan harapan ia juga terjatuh di situ, sebab banyak kejadian bila aku letakkan phone dalam pokek seluar ni, ia kerap menggelongsor dan jatuh di bawah seat. Tapi hampa juga...sambil mulut terkumat kamit membaca basmalah aku cuba lagi dan lagi dan lagi sehinggalah akhirnya gear dapat masuk..dan aku berjaya sampai ke sekolah.

Buat Almari!
Sampai di sekolah, ia meragam lagi, kali ni beberapa kali aku cuba tak jugak berjaya. Maka sibukla aku di pagi tu, masuk kelas, minum, tegok kete, masuk kelas lagi, keluar cari pomen... takde, masuk kelas lagi, keluar lagi cari pomen..(kali ni dah berjaya, tapi memerlukan dihantar ke bengkel untuk menukar pump clutch -baru2 ni pump clutch bawah bocor, kali ni kat atas pulak adus)masuk kelas lagi, keluar pergi beli spare part di Ajil dan hantar kete kat bengkel yang tak jauh dari sekolah, balik jalan kaki ke sekolah...tiba-tiba aku rasa aku jalan senget2 dan rasa sakit kaki..aku gagahi dan akhirnya sampai ke kelas, masuk untuk masa yang agak lama, duduk dan berehat. Dan tak lama lepas tu, aku rasa sakit di tambah rasa lenguh2 sampai ke pangkal paha...Kaki dan bengkak.."ah takde apa kot ni" fikirku, lantas aku cuba urutkan dengan minyak urut yang sedia ada kat kelas aku.

Mesyuarat
Sedang asyik mengurut aku disapa "bos, oloh sibuk ari ni kawan tengok, gi mari - gi mari, nok ajok minum air susoh!" rupanya si Fadhil, technician kat sekolah menyapa.."hahaha, doh mari ah" pelawa ku untuk sama-sama minum. Demi aku bangun je, ayark! sakitnya, aku mula melangkah, aduh sakit tak tertahan rasanya..bermulalah episod kesakitan melampau, terhencot2 aku..nak sampai ke kantin kena 3 kali berenti, ambik napas. Lepas tu meeting, kat lab..sejuk..kaki dah berdenyut2 sampai ke kepala, aku tak tahu apa kebende yang dibincangkan. Tiba-tiba namaku disebut GB, "Ri, buleh ri?", "Ah? Guane?" tanyaku "Buleh gi survey tempat, kita wat kat Kuala terenganu..", "buleh guane gini ning"..aku tak tahu jawapan aku tu didengari atau tak, aku cuma tak puashati dengan kesakitan aku ni je...

Berpergian
Demi melihat aku yang tengah kesakitan dan keadaan kaki yang bertambah bengkak, guru petang dan penyelia kat sekolah tu, menawarkan untuk membawa aku mengurut. Aku dah tak tahan, 3 langkah terhencut-hencut berenti, 3 langkah lagi berenti, jadi aku setuju je. Kami bertolak selepas solat zohor. Sampai di rumah tukang urut tu, bermula la sesi mengurut. Sambil 2 orang rakan tu menibai buah salak, aku pula di tibai oleh tukang urut..aduh sakitnya..ke kiri kanan aku menggelopor, kadang-kadang berada di tengah-tengah mengiggit bantal menahan kesakitan, tapi masih tak mengeluarkan suara, cuma muka je berkeriuk..Kami bersembang sambil tukang urut tu mengurut-urut. Masih jelas sembang kami..walaupun dalam keadaan muka yang berkeriut begitu, aku masih lagi sempat tersenyum masa 2 orang kawan tu membuat lawak bodoh dan mengusik-usik aku.. Orang tua-tua begitula, pandai memanipulasi keadaan. Bila Tukang urut tu membesar-besarkan dirinya, aku dah mula suspek macam-macam. Aku memang jenis kurang sikit tok bomoh yang cerita membesar-besarkan diri..mulala aku rasa kurang percaya, tapi aku tabahkan hati juga untuk percaya, dan memujuk-mujuk diri supaya percaya keupayaan tukang urut tersebut sambil berharap, dia betul-betul dapat menyembuhkan aku dengan izin Allah.

Arghhh!!!
"la, ingatkan sini" sambil menunjuk buku lali, "ruponyo sini" sambil menunjuk tempat yang betul2 ditimpa kesakitan. Aku saja tak beritahu kat mana sakit, aku cuma kata kaki aku sakit je. "Ni berat ni, banyok sendi sini..susoh sikit". Alamak! "tapi takpo, sikit jah ni" dia explain lagi dalam loghat Kelantan...macamana pulak orang Kelantan boleh berada dalam hutan ni?, sempat juga aku berpikir walaupun sedang menahan kesakitan. memang berbelit, tadi kate berat, lepas tu kata sikit pulak..minda aku dah terset, perkataan yang pertama adalah ikhlas, dan pernyataan kedua adalah memujuk-mujuk. kruuut...kruut bunyi bila sendi-sendi di betulkan, sakit bukan kepalang sampai dah berbuih mulut aku menyebut nama Allah...Tukang urut tu bercerita-cerita seperti tadi tapi aku mula tidak mendengar apa yang dibualkan, suara dari slow, sampai agak kuat sebutan Allah dari mulut aku...Ingin saja aku suruh dia berenti mengurut, tak masuk pun tak masuklah...tapi aku sabar...Kruut krut lagi bunyi..sampaila selesai.. Di tengah-tengah urutan tu, ada jugak dia tanya yang ni sakit tak lagi, aku cakap tak, sambil mengharap dia juga akan tanya yang lain-lain, supaya cepat selesai urutan sebab tidak tertahan aku..tapi harey,..tak tanya pun, dia belasah lagi sampai habis.. sebelum pulang ke sekolah, kami berhenti di bengkel, dan penyelia petang aku tolong ambik dan bawa kereta ke sekolah. Aku berehat di sekolah seketika, tunggu sehingga ok sikit sebelum pulang ke rumah. Padil awal-awal lagi menawarkan untuk menghantar aku balik...tapi aku menolak, insyaAllah boleh bawak kataku. Kalau Padil antar aku balik rumah sapa pulak nak bawa aku ke sekolah pada esok2 harinya.

Kecok-kecok
Memang aku dah agak, mesti mok ayah aku call aku banyak kali, sebab sehari sebelum kejadian, aku berjanji untuk membawa bapa saudara aku yang lumpuh sebelah ke pejabat pesuruhjaya sumpah atas urusan harta pusaka arwah mak, arwah isterinya yang dituntut oleh adik-adik iparnya...tapi ya lah, phone takdak, tak boleh nak inform..aku sampai ke rumah dalam pukul 6.30 dah. Sampai di rumah, belum lagi melangkah masuk terus aje dibebel mak aku "Hor guane kecok2, bekok kaki tu?" belum lagi aku sempat mejawab dia membuat tohmahan "main bola pulok ah tu!". Aku senyap je, terus masuk rumah dan berhenti kat atas kerusi. "Mung main bola pulok?" tanyanya lagi. Ialah sebelum ni aku ada main bola, bengkak kaki, tapi aku urut sendiri je..Mak aku juga turut urut-urut sama. Aku dengan mak aku sering juga berbalah-balah tentang sesuatu, sebab dah tak ada orang lain nak berbalah agaknya. Dia puas berbalah ngan ayah dia berbalah ngan aku, tak pun dia sembur bapak saudara aku..hahaha, memang power ah dia..tapi dia baik walaupun dia suka berkata-kata dalam nada tinggi...aku dengan kakak aku sering juga berbincang tentangnya...tentang perangainya maksud aku...tapi mungkin sebab dia dah tua dan sering sakit-sakit dia jadi suka berkata-kata..tapi dia memang baik, tak dapat di sangkal lagi. kalau aku lenguh-lenguh dia la tukang urut aku, kalau dia lenguh-lenguh, akula tukang urutnya. " dok eh, jatuh tangga!" jawab ku.

Blebey
Aku pun ceritela kat mak ngan bapak aku..lepas je aku cerita, dia terus turun ke tanah. aku bertanya ke mana dia? "Nak cari akar kayu!" katanya. "Tak payahla, takdok mendenye"kataku..terus aku dibebel sambil memberi contoh beberapa nama yang terkena benda yang sama dengan aku tapi kesannya lama terhencot-hencot. Aku tidak membantah, dan ngeri dengan citer mak aku...Aku mula terfikir tentang tukang urut tadi.."InsyaAllah", pujuk aku dalam hati. Alhamdulillah, sekarang dah ok sikit, cuma aku berhati-hati jugak, dan masih lagi hencot-hencot. Terpikir-pikir juga aku dengan pesan tukang urut semalam, jangan banyak sangat bergerak sehari dua ni, dan jangan buat benda berat-berat. Dua orang kawan yang turut serta dengan aku tu pun berpesan benda yang sama...Salah seorangnya adalah pengamal perubatan Islam. Selepas aku solat asar semalam ada juga dia baca sikit-sikit. harap kawan2 yang tua ni lah jugak apa-apa pun, yang muda-muda kawan minum kopi! hahaha. Dan semalam mak aku pesan, jangan gi sekolah esok (ari ni). Aku senyum je...hahaha dia ingat sekolah tu aku punya ke...

Base babil
Ari ni, beberapa kali jugak mak membebel, sebab aku terlalu aktif, walaupun tak ke sekolah. Pagi-pagi lagi aku dah keluar, pegi ambik handphone kat Hotel, lepas tu balik.. pegi hantar bapak saudara aku pulak..ke Mahkamah...Walaupun aku ingat pesan tukang urut dan kawan2, aku tak sanggup tengok ayah yang dah berumur untuk mengangkat kerusi roda dan memapah bapak saudara aku..turun naik rumah dan turun naik bangunan...tapi ayah pun pandai, dia pun nampak cemas dan serba salah tengok aku berkeaadaan begitu sebab dia pun sedia maklum tentang maslahat aku. Mak awal-awal lagi dah sound pegi je lepas sembuh, tapi biasalah, aku memang degil...aku cakap tak pe. Bila balik beberapa kali aku cuba untuk berehat dan melelapkan mata, tapi tak menjadi..heran betu aku. ke sana sini aku berjalan di dalam rumah tak tahu nak buat apa..Pukul 3.30 aku keluar dengan alasan nak hantar surat bapa saudara aku, tapi lepas tu aku lanjutkan ke tempat latihan futsal...Mak tak tahu, kalau tahu mesti kena jugak lagi aku...walaupun kalau aku cakap aku tak buat apa-apa, tengok je..hahahaha. Ampun mak!!! Malam ni dia buat lagi ubat akar kayu untuk aku..

Friday, October 16, 2009

Qissotul Jadid ( Bedah la...)

Filem ini berkisah mengenai pengorbanan seorg wanita muslim. Seorang wanita berpendirian kuat dan cerdas.
Dia hidup dlm lingkungan keluarga Kyai di sebuah pesantren Salafiah putri al-Huda di Jawa Timur, yang konservatif.
Baginya ilmu sejati dan benar hanyalah alQuran, Hadith dan Sunnah


Bukan Rabiaatul Adawiah, jauh pula dari Aishah RA...tapi jiwa mereka tetap ada.

ini kesah;

KARTINI, MARSINAH, SURIANI, SHAMSIAH, NAWAL ELSAADAWI, MARWA ELSHERBINY

Wednesday, October 14, 2009

Monday, October 12, 2009

Monotoni

Ada tanah tak ada rumah
Ada busur tak ada panah

Ada bendang tak ada padi
Ada peti tak ada isi

Saturday, October 10, 2009

Gurindam Jiwa

1. Dua tiga minggu kebelakangan ini minggu bencana. Ada Ketsana, ada Melur ada Parma. Ada juga gempa di Padang, Sumatera. Semuanya mengorbankan nyawa. Syahid kepada manusia yang bertakwa; bala kepada manusia yang alpa ; dan pengajaran kepada manusia yang tidak ditimpa.

2. Minggu ini juga boleh tahan aktiviti aku selepas sekolah. Ahad; ke hospital menziarah. Isnin; di sekitar Hulu mencari rumah. Selasa; membayar bil di Giant dan terus alpa di situ membelek-belek Cd, di tingkat bawah. Rabu; keluar dating, sebelum tu boleh tahan juga kerja, tapi tak ingat pun lelah. Khamis; sahaja tak ada aktiviti, jadi boleh berehat di rumah. Jumaat; pagi macam biasa ke Rusila, petang ke hospital lagi menziarah. Sabtu; ke rumah kakak kenduri cukur kepala, atau dalam taklifi kita panggil aqiqah.

3. Ini cerita seorang sahabat bernama Suhaimi. Banyak juga pengalaman aku bersama dia ni. Di hari Raya Korban, kami pernah x dilayan di kedai makan di sekitar KL, lalu kami bermudik ke Nogori. Kami ke Nogori hanya mencari sesuap nasi. Ialah, perut kami sudah berbunyi sejak pagi-pagi lagi. Food Court, Tmn Ten, Tmn Midah; kedai makan Islam sume tak beroperasi lagi. Balik dari Seremban, sampai ke Bdr Tun Razak kami naik komuter bersama seorang lagi sahabat bernama Rahimi. Dari bandar Tun Razak ke maktab, kami jalan kaki. Niat di hati nak naik teksi. Tunggu punya tunggu punya tunggu, teksi tak muncul2 juga, mungkin sudah kehabisanallazi. Tengah berjalan dah nak sampai kat maktab, Rahimi pulak langgar tiang api. "ark, ark ark!" Rahimi mengerang kesakitan, macam nak mati. Kami dah cuak, tapi akhirnya dapat juga dia berdiri. Kami menapak lagi. Kami ketawa berdekah-dekah di luar dan dilam hati. Jahat betul Suhaimi, kawan sakit dia boleh bantai gelak dan rasa geli hati. Suhaimi sudah ada blog sendiri. Boleh check di www.nadimelor.blogspot.com atau boleh cari "kuncit" kat sebelah kiri blog aku ni. Wei, guru2 Pendidikan Khas yang nak ambik PTK eloklah kontek dia ni. Takut-takut nak tanya itu dan ini. Pasal masalah penglihatan, InsyaAllah dia banyak informasi.. Kunciti, kunciti, buta mata celik hati. Aku rindu ah ke mung mi!

4. Ari ni pilihanraya..tak tahula camana keputusannya. Tapi apa pun, mesti ada yang tersungkur dan ada yang berjaya.

Friday, October 9, 2009

Satu....Hari Lagi

"AR-RASHI WAL MURTASHI FIN-NAR"
Perasuah dan penerima rasuah semuanya ke dalam neraka

1. Rais Yatim bising-bising sebab Gobalakrishnan membaca potongan ayat daripada satu surah dalam Al-Quran. Katanya perkara ini perlu dihindar kerana ia boleh membawa umat islam sesat barat. Rais, hahaha, kira okla non muslim memberi perhatian kepada ayat-ayat Allah, dan dia berpesan kepada umat manusia. Kamu kenapa tidak baca? Kenapa tidak memberi peringatan dengan ayat-ayat Allah? lupa belajar alif ba ta?. Moga-moga Gobala di beri hidayah olehNYA

2. Serangan ke atas markas pas di bagan pinang. Lima repot polis telah di buat. Petugas berdarah-darah muka, bengkak-bengkak badan. Polis lambat bertindak dan Mereka-mereka-mereka berkata ; taktik pembangkang, pukul sendiri. Azeez PUTERA yang melalui kawasan penyokong pakatan, berjalan biasa sambil tersenyum-senyum, tanpa sebarang kesan kecederaan. Baju pun tidak kotor. Esoknya di balut tengkuk. Kata mereka, kita akan siasat segera.. hahaha kata Strict Tease " WHAT IS THE GAME?!!!"

3. Adnan Mansor kata, "BN tidak pernah ungkit isu undi pos walau kalah". Dia nak ungkit apa? Dia nak ungkit beginikah " Kami dah buat macam-macam untuk mereka (tentera) mengundi kita, termasuk meminta pegawai yang memangkah bagi pihak orang bawahannya, tapi camana pulak boleh kalah ni?" Alamak kantoi la bingai...hahaha

4. Cerita rasuah? Bosanla...sana sini dah tahu.

Bagan Pinang ; SELAMAT MENGUNDI




Satu hari lagi pilihanraya, satu hari lagi aku akan raya, cuma tak tahu bila..

"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu"
- Yaasin 36:60

Sunday, October 4, 2009

TPNM

KAU BUKAN MUSUH KU


Kepada saudaraku askar dan polis,

Kita dilahirkan dalam keluarga besar bumi bertuah Tanah Melayu. Kita sama-sama tahu bahawa tanah air kita yang tercinta Tanah Melayu telah dijajah oleh penjajah Inggeris selama ratusan tahun. Kita sama-sama tahu bahawa pemerintah kita Raja-Raja Melayu telah terikat dengan pelbagai helah keji penjajah. Kita sama-sama tahu bahawa penasihat Inggeris sebenarnya lebih berkuasa dari Sultan, sedikit tak kena raja boleh dibuang negara atau diturunkan dari takhta.

Aku tidak rela melihat semua itu berlaku ke atas Tanah Melayu kita. Aku tidak rela melihat bumi persada kita dihina sedemikian rupa. Aku tidak rela melihat kekayaan tanah air kita dipunggah ke Eropah dengan penuh tamak haloba.


Justeru itu, aku bertekad, walaupun bersukat darah bertimbang daging, aku mesti menghalau penjajah orang putih dari bumi Tanah Melayu. Aku bertekad mahu mengembalikan kedaulatan Tanah Melayu. Aku bertekad membahagikan kekayaan alam Tanah Melayu untuk semua lapisan keluarga besar kita. Lalu aku memanggul senjata untuk menghalau orang putih.

Akan tetapi, penjajah yang licik sekali lagi menipu kita, ramai dalam keluarga kita terperangkap dengan tipu daya penjajah sehingga mereka sudi membela kaum penjajah. Penjajah mendewakan dirinya bahawa Inggerislah pembela bangsa kita, penaung kekuasaan kita. Inggeris telah merekrut kaum keluarga besar kita menjadi benteng mempertahankan kekuasaannya dengan berselindung di sebalik “menjaga keselamatan negara”, “membasmi pengganas”, tapi yang sebenarnya menjaga kekuasaan penajahannya daripada diruntuhkan oleh keluarga kita yang patriotik, yang tidak rela melihat Tanah Melayu diinjak, dihina sedemikian rupa.

Sesungguhnya kau bukanlah musuh ku. Kerana kelicikan penjajah kita bersengketa, engkau membela kepentingan penjajah dan aku menentang penjajah. Maaf kalau kata-kataku ini melukai hatimu, tapi itulah hakikatnya. Lalu berlakulah “Peristiwa Bukit Kepung”, berlakulah pertempuran Sungai Semur dan lain-lain – berlarut-larut turun temurun sehingga 41 tahun.
Siapakah yang bertanggungjawab persengketaan ini? Adakah Engkau? Adakah aku?

Yang bertanggungjawab dalam persengketaan ini bukan engkau dan juga bukan aku, tapi adalah kaum penjajah British dan kaum pewarisnya. Merekalah yang mempergunakan sanak saudara kita bersengketa sama sendiri demi menjaga kepentingan ekonomi penjajah walaupun selepas kaum penjajah angkat kaki dari Tanah Melayu.

Hari ini Allah Yang Maha Esa telah menurunkan perdamaian antara kita. Bersyukur kita kerananya. Menuding jari ke arah engkau atau aku tiada maknanya. Yang seharusnya, bersatulah kita, berjuanglah kita untuk menghapuskan saki baki penjajahan dan mengembalikan kegemilangan Tanah Melayu kita yang tercinta. Dan ini juga wasiat Pahlawan Agung bangsa kita Datok Maharajalela, Datok Sagor, Datok Bahaman, Datuk Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman dan lain-lain yang telah menumpahkan darah segarnya demi menghalau kaum penjajah dan membela Tanah Melayu kita yang tercinta.

Saudaraku, kita adalah orang-orang yang pernah bermain senjata. Suatu pesanan ikhlas dari lubuk hati yang mendalam ingi
nku sampaikan kepadamu: Gunalah senjata di tangan itu untuk melawan musuh yang sebenarnya. Gunalah senjata itu untuk membela rakyat dan membela negara!

blog yangmemaparkan segala sejarah silam Rejimen Ke-10 agar persepsi serong diperbetulkan

Wednesday, September 30, 2009

Kalau perompak mengaku merompak, penuh sesaklah penjara Malaysia!

Satu gagasan
Satu juta propaganda

Satu ratus ribu papan tanda
Satu kekayaan ditolak
Satu ribu pembaziran ditambah

Satu kereta
Satu negara
Satu dunia pening kepala
Satu syarikat menjadi mangsa paksa (tengokla..)

Satu pilharaya
Satu penolakan
Satu pilihanraya
Satu penolakan
Satu pilihanraya?

Hutang lagi dan lagi berhutang,
Tahu-tahu menipu -Iwan Fals

Friday, September 25, 2009

Everyday is a Winding Road - Sheryl Crow

Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan
Raya tahun ini sedikit bermakna bagi aku dari tahun-tahun sebelumnya. Bukan apa, kalau tahun-tahun sudah, raya aku hanya dihabiskan sebagai pelayan tetamu di rumah sahaja. Tahun ni pun, masih lagi "jong buat air", kat rumah, tapi ada lain sikit sebab tahun ni aku dah mula pergi beraya ke rumah orang. Sebabnya, Hakimi la... Dia bukan boleh terus menerus duk kat rumah, asyik nak berjalan je, tapi berenti kat rumah orang tak nak pulak. Alang-alang dah berjalan, sempatlah juga aku menziarah rumah-rumah yang sepatutnya aku gi..dan aku rasa semua jemputan beraya ke rumah penjemput telah aku tunaikan kecuali 'open house' rumah Rizie DDT (sebab tak sempat, terpaksa melayan tetamu yang tidak putus2), Perjumpaan kawan-kawan lama SMAASZAL (sebab awal mlm, Hakimi belum tidor), SMAASZA (sebab open invitation), dan rumah Pn. Syafinaz (seganla). Terima kasih jugaklah kepada kenalan yang sudi datang bertandang ke rumah selain yang disebutkan dalam entri sebelumnya. Anda tahu siapa andakan? Terima kasih, terima kasih, Alhamdulillah. Kepada yang tak datang berkunjung, "bila nak datang?" Tahun depan? haha. Esok pagi-pagi lagi aku akan berangkat ke Kelantan untuk menghantar Hakimi ke asrama. Jadi, tak sempatlah bersama kawan-kawan Sleepy Jeremy di acara manggung esok..hehe.

Dipikat-pikat, biarlah mahu dekat; dipujuk-pujuk biarlah hilang rajuk
Bila ke Kelantan, aku biasanya melalui jalan pantai... bila melalui jalan ini, aku suka tegok keadaan air laut. Keadaan air laut terutama di Pantai Penarik sangat menghairankan aku. Keadaan air lautnya telah melebihi paras daratan..Ini menunjukkan satu tanda. Aku tidak pasti samada kebanyakkan kita perasaan atau tak, tapi aku tahu mesti ada orang yang perasan tentang benda ini. Aku nak terang pun tak tahu macamana, tengoklah kalau-kalau ada " Sudah Naik #3", aku akan cuba selitkan...

Segelanggang seperguruan, seperinduk sepermainan, sampai masanya berpisah jua...
Esok aku akan menghantar Hakimi, jadinya tadi aku sibuk sikit mengemaskan barang-barangnya (dan barang aku juga hahaha). Tidak semena-mena aku terjumpa sebuah karya sampah lama yang aku karang dulu, bersesuaianla dengan apa yang aku ceritakan tadi tentang perubahan keadaan paras laut hahaha bak kata pepatah, hendak menggetah burung, tunggu ara masak; hendak bermain layang-layang, tunggu musim angin. Puisi ikut dan x dan, ini telah di pentaskan sehari atau dua hari selepas tarikh karangan ini, iaitulah di malam Pertandingan Sayembara Puisi kalau tak silap aku, anjuran Persatuan Bahasa MPIK sebagai pesembahan khas. Kata Pensyarah Bahasa di malam itu, persembahan kami itu dinamakan puisirama..haha, tak kesahla apa-apa pun. Dan selepas itu ia menjadi 'bahan' dalam album Kasih Sayang..Kami rekod di dalam kelas kami sendiri dengan dibantu oleh kawan-kawan OKU dan tak OKU. Alamak eh, album, malu la pulak. Dan pernah dipentaskan sekali lagi di Dewan MPIK masa last dinner kitorang, selain dipersembahkan oleh line-up Kasih sayang sendiri. Nah inilah dia.

+++++++BUMI MERETAK .......... HUMANIS TERPERAP ..........HILANG

Dunia mungkin berkata
Manusia sering sahaja alpa
Hamparan indah, gunung-ganang, tanah landai dan rata
Menjadi tapak pekerjaan sesetengah manusia yang gila

Diperutnya terkandung seribu macam peristiwa
Yang terkadang terpalit juga deritanya
Gunung-ganang menjadi dataran
Lembah rendah menjadi airan
Tanah datar sudah berlubang

Apakah ini kesannya pembangunan?
Atau kerna sisa perang?

Dan manusia, Enggan ambil pusing
Dan Manusia, Tak mahu kepala pening
Dan manusia, Anggap ia tak penting
Dan manusia, Hanya kerna uwang mereka bersaing!

Terkemudian ini,
Almanak, tidak berubah isisnya dari tahun ke tahun
Walaupun semua umat sudah dikatakan bertamadun

Alim bubu dari Palestin, Acheh, Iraq dan Afghanistan
Membawa khabar bukat, keroh, derita rakyatnya
Perang-penindasan, perang-merebut jajahan, perang-mencetus kezaliman, perang-menuntut kedaulatan
Sedang yang berkuasa, terhuhu-haha melihat bahana
Sedang yang berkuasa, tercongak-bongak mengira untungnya
Biar yang dibunuh itu manusia
Biar yang dibunuhnya itu sebenarnya saudara

Dan kita di sini, masih terlena di bail empuk
Masih diuliti dengan pusaran kipas angin, air-conditioner mewah
Tak mahu ambil pusing

Kita di sini
Masih mengejar kebendaan
Yang ditawarkan teknologi

Kita di sini
Masih mengejar kebendaan
Yang berbasiskan uwang

Kita di sini
Masih mengejar harta, darjat, pangkat-pangkat,
'Title'
Seorang korporat
"title', seorang birokrat
Title seorang penguasa, seorang doktor, seorang guru
tanpa peduli sekeliling
"bukan urusanku!"
nafsi-nafsi...

Kemiskinan masih lagi tiada antidotnya
Pengemis-pengemis dipandang hina
Petani tua hilang kerjanya (di ganti mesin)
Kita tidak peduli, apa lagi ingin mengambil pusing tentang peristiwa di luar sana...
Di Acheh, di Palestin, di Iraq, di Afghanistan dan sebaginya...

Betullah
AFFORISME 'nafsi-nafsi'

Kita semakin melebarkan senyuman apabila dikelilingi oleh teknologi-teknolgi canggih dan sofistikated yang menghapuskan nilai estetik humanis
Kita lebih rela hati untuk memberi perhatian kepada materialisme yang diuwar dan ditawarkan kerajaan dan sekutu-sekutunya daripada mengambil cakna tentang sikap dan nilai kemanusiaan yang semakin pupus
Kita lebih mementingkan IT yang direncanakan daripada memberi perhatian kepada kemelaratan umat yang miskin dan semakin sesak-Hina Dina.

Di sana
seorang buta menggelepes mencari teman
Dan di sana
Seorang buta mengajak kawan untuk dibawa berjalan
Juga di sana
Seorang pekak bertungkus lumus menggapai pendidikan
Di sana
Seorang pekak 'bersuara' menjerit keperihan
Sedang kita asyik menjadi "selfish"

Apakah itu kita sedari? 3x

Sikap mengadabi pupus
Sikap mengasihi mampus
Sikap silidaritas hilang
Sikap prihatin tenggelam
Kita terlebih teknologi
Tapi kita kekurangan Kasih Sayang
Bumi meretak, sikap kemanusiaan padam

Normal = tok selampit
Bold = suara ramai
Itallic = suara individu

Dead Narrator
10 Ogos 2003
18:14

"Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesallah hati orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat; dan apabila nama sembahan-sembahan selain Allah yang disebut, tiba-tiba mereka bergirang hati" - Az-Zumar 39:45