Monday, March 30, 2009

Yang pelik-pelik

Hahahaha, dari semalam selepas tgk jugak berita di tv3suku, aku rasa macam nak tergelak... apa tidaknya 15 orang calon di bukit selambau... hehehe, mcm orang berebut nak dapat hak melombong emas je...sejarah weh... mlam semalam pun masa lepak2 minum di kedai awek seksa, ada jugak bende tu kitorang bualkan sikit-sikit... salah seorangnya pernah jadi polis agen untuk kire undi..macam2 coretan pengundi buat kat kertas undi katanya..siap ada yang lukis-lukis gambar lagi....Hari ni aku terpikir lagi sambil tergelak selepas terpandang berita depan utusan malaysia yg diberi percuma ke sekolah -sumbangan oleh kerajaan negeri bila tgk ada angka yang di highlight merah 15 3 2. 15 calon di bukit selambau... sejarah weh.. kalau 2 orang calon, saiz kertas undi lebih kurang 1/4 kertas undi, kalau 15 orang calon agak-agaknya SPR nak provide kertas undi besar mana? Agak-agak kalau sebesar saiz A3 cukupke? kahkahkah. Bayangkanlah kalau betul saiz tu...pergh..mmg gile...atau nak kecilkan saiz dan gambar lambang menjadi begitu keliru kepada para pengundi terutama pengundi di saluran 1.. kahkahkah.. pelik betul...

Dalam dekad ni, aku duk pikir-pikir banyak betul benda-benda pelik terjadi..2008 saiful bahari menuduh anwar meliwatnya...saiful bahari dibela, ... anwar yang tertuduh hendak di tangkap... sedang dalam kes Raja petra yang dianggap penuduh... penuduh ditangkap...yang tertuduh rilek jer.. siasatan pun tak dibuat ke atasnya. Pelik..pelik..

Sejak penubuhan SPRM, banyak juga kes-kes rasuah berjaya dipatahkan... tapi yang pelik anak ikan yang kena... ibu ikan terlepas...ataupun memang SPRM bapak ikan? Yela..ikan besar biasala makan ikan kecik walaupun sama spesies...hahaha pelik-pelik...ATAU SPRM adalah nelayan? Kalau nelayan, pukat apa yang dicampakkan?... kalau pukat yang saiz lubangnya besar... mesti anak ikan terlepas...yang senang masuk ibu ikanla sebab dia besar..ternama!. tapi anak ikan juga yang kena...pelik-pelik.Kalau guna pukat yang saiz lubangnyalebih kecil, kemungkinan untuk anak ikan lepas pun tinggi, tapi ibu ikan tetap terperangkap..silap-silap mati sebelum diangkat naik ke bot sebab terlalu ketat pukat tu..maknanya ibu ikan lagi parah... tapi tetap juga anak ikan yang kena..pelik-pelik. Kalau pun SPRM nelayan yang hanya menggunakan pancing, kalau dapat anak ikan mestila nelayan tu lepaskan balik...tak berbaloi..atau kalau dah geram sangat nak kepada anak ikan tersebut, nelayan tadi ambik anak ikan tersebut hanya sekadar untuk dijadikan umpan...matlamat tetap ikan besar! Ibu ikan! tapi tidak SPRM ni,...anak ikan juga yang kena..pelik-pelik

Tapi paling aku pelik di dekad 2000an ni adalah soalan MatYie DKR yang dibuat pada 2003... Matyie adalah 'customer' yang memesan roti canai...alih alih dia pulak yang tanya kat pelayan tu "kuah kari ke dal?" dengan intonasi seorang pelayan bertanya kepada pelanggan... kahkahkah..pelik-pelik...aku betul-betul naik hairan dan berdekah-dekahla kami selepas terdiam seketika kerana terkejut dengan perbuatan Mat Yie yang sungguh bertamadun hadhari itu...hahaha.. Matyie... lu mmg mental la...

3 comments:

  1. dua tiga hari ni aku akan skip empat lima helai suratkhabo yang aku bace dan aku akan tertido semase tengok bulutin utame.. lame dok jumpe mat yie.. dapat anok dok lagi dier? kim salam kat mat yie ehh..

    ReplyDelete
  2. polik tapi PEKEMBAR kate betul/kebetulan

    salam semua..
    saya perlukan pendapat anda..tq

    panas-hisamudin bersilat cekak..
    link terlibat:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/tun-dato-sri-hishamudin-bersuara-lagi.html

    lebih panas-masjid di conteng dgn makian
    link terlibat:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/hina-kesucian-masjid.html

    ReplyDelete
  3. cursive,
    mat yie x dpt ank lagi. kalu aku jumpe dia InsyaAllah aku kirim salam mung

    Baginda Reformasi,
    hari ni memg betul spr buat kertas undi yang besarnya luar biase..kahkahkah

    ReplyDelete