Sunday, December 18, 2011

Kanan Kiri Kioook!!!

Jurang dalam di sebelah kanan
Sungai lebar di sebelah kiri
Onak duri di depan
Laluan Belakang Jalan...MATI!!!!



REFERENSI

Antara mata rantai kemelut dalam masyarakat umum,
bertaut dengan gonjengan perkelahian parti pemerintah-pembangkang,
bertembung dengan dinamika fitrah  suatu peribadi,
di mana duduk letak hak-hak insan sesama sendiri , sesama pasangan;
sesama keluarga, sesama kerabat sesama sekampung, sesama sekomuniti dengan;-
Tuhan?


"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al-Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah" Al-Kahfi 15: 54

Friday, December 16, 2011


1. Orang tua-tua kata kalau hujan start hari Jumaat (baca:pada musim tengkujuh), biasanya ia akan berlarutan dua tiga hari. Aku tunggu juga saat itu..oleh kerana ari ini dan malam tadi hujan (kalendar Islamkan bermula dengan malam). Tapi, ternyata sehingga kini tidak menampakkan tanda-tanda itu walaupun tak mustahil. Aku bukan kemarukkan hujan, tapi aku nak tengok apa aktiviti kanak-kanak sekarang, bila tiba musim hujan yang lebat.

2. Kanak-kanak zaman sekarang, sangatlah berbeza dengan zaman aku membesar. Dulu musim tengkujuh begini, kami semua sibuk dengan pelbagai aktiviti. Pian boh(musim banjir) menjadi pesta bagi kami walaupun pada hakikatnya orang tua kami agak gusarkannya. Iyalah apa tidaknya, kalau banjir besar berlaku, padi yang ditanam sekali setahun itu akan turut musnah. Semai-semai padi bakal tercabut dari umbinya.. tapi cerita kami berlainan..pian boh menjadi pesta. Kalau tidak sibuk membikin perahu kayu atau leger yang diperbuat dari tong minyak tar, kami sibuk dengan aktiviti memancing dan menahan taut..kalau tidak dapat ikan, dapat ular!..ataupun sekurang-kurangnya, kami sibuk dengan aktiviti mandi baruh, atau jika air kurang kami mandi alur (alur sungai).

3. Kanak-kanak zaman sekarang, tak kira hujan tak kira kemarau, aktiviti utama mereka ialah bermain games (di buat berdasarkan pemerhatian ke atas anak-anak saudara). Belum pun masuk tadika sudah sibuk dengan laptop. Bayangkan perjalanan hidup mereka.. dari kecil mengendap komputer. Maunya umur masuk 10 tahun dah nak kena pakai spek. Aku kadang-kadang rasa susah hati dengan kecenderungan begini. Selain daripada faktor-faktor kesihatan mungkin,.. faktor pengalaman mencorak variasi hidup mungkin menjadi suram.

4. Atau mungkin orang nak kata bakal jadi genius komputer? Kalau majoriti berperanan begitu, adakah kita nak panggil genius juga?

Wednesday, November 2, 2011

U.B.I



ubi kayu ubi stele
koho layu, koho kelat berase

ubi kayu ubi stele
duduk termanggu, duduk kire-kire

ubi kayu ubi stele
nok makang nasik buddu, kaki panjang seele

ubi kayu ubi stele
berasa sebu, dalam jiwe

ubi kayu ubi stele
laut hija-biru, tebeng gi kene ngap die

ubi kayu ubi stele
bukang bende baru. tahun lain pong serupe tule

ubi kayu ubi stele
sudah takdir ku, nok wak guane ke die


: zaman mapan!!: zaman tidak mapan piang boh buleh gok cabuk-cabuk semai!!!:

Selamat untuk rakyat siam! cepat-cepatlah surut boh, mulut kami berbau longkang makan gandum!!!!


Dan Al Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat
- Al An'aam 6:155

Tuesday, November 1, 2011

Udara terbuka di lautan luas!

ini adalah gambar karakter bapak2 budak dan mak2 budak semasa di kelas PKTD.
PKTD tu bermaksud : pergi kelas tidur dengkur kahkahkahkahkahkahkah


1) Satu masalah bila kita start menulis blog terutama yang berkaitan dengan cerita dan perihal hidup ialah bila tiba satu masa, kita akan menjadi bosan menulis. Ia seakan monotonous, dan berputar dari hal-hal yang sepatutnya tidak diberitahu atau diberitakan pun tak apa. Lagipula ia mendedahkan privasi kepada umum yang nyata pada akhirnya orang lain boleh belajar untuk merumus diri kita dan i'rab dari hujung rambut ke hujung jari kaki.. berlainan dengan blog yang menceritakan tentang pandangan, berita politik dan seputar isu semasa yang diberitakan dan diulas.. so nak buat apa? berhenti menulis cerita? atau berhenti terus menulis?

2) Dua perkara yang selalu bermain dikepala aku sekarang ini ialah 1: anak dan isteri dan 2: ibu dan bapa. Agak-agak perkara duit duduk dikepala yang nombor berapa? huhu. Kata mereka kan, money is god! jangan tak mengaku !!!

3) Anak-anak pantai timur yang lahir dalam sari dua ni dah boleh panggil anak tengku walaupun bukan keturunan diraja atau pahlawan..mereka adalah anak-anak tengku..juh. Selamat beranak neng!, moga bayinya bisa jadi pelaut berjaya, biar gampang hidupnya dihari mendatang!


Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) dan Maha Mengetahui. - Al Baqarah 2:268

Thursday, September 8, 2011

lembing = lembu - kambing

buat kesekian-kesekian dan kesekian kalinya


Kita tahu, tapi tidak nampak
Kita percaya, tapi tidak yakin

cermin sisi kita buang
cermin pandang belakang kita tidak hiraukan

apa lagi Al-Quran,,, simpan saja dalam almari!



"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang maa'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Bijaksana" - At-Taubah 9:71


Fitnahmu...
strategimu...
bakal makan tuan! haha
(mari merayakan fakta-fakta tersembunyi!!!!)

Friday, August 26, 2011

likur

Aku lahir pada bulan 7
isteriku juga lahir pada bulan 7
kakak sulung aku pun lahir pada bulan 7
sahabat ku the two brothers juga lahir pada bulan 7

agak spesel

dalam seminggu ada 7 hari
dalam bulan Ramadhan 17 juga dikatakan diturunkan al-Quran
pelembagaan rakyat yang ditolak ialah pada tahun 1947
tanah melayu diisytiharkan merdeka dalam bentuk laungan ialah 1957

agak istimewa..

malam ini malam 7 likur! Haha..

cuba tengok sedutan dari blog ustaz zaharudin

"Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

aku jugak nak refresh balik catatan lama aku.. ini dia;

Wednesday, September 16, 2009

Tujuh!!!

Malam ini, kau datang lagi,

Setelah setahun berlalu

Jika benar…, membawa kepulangan roh-roh

Dari alam barzakh’


Rohani, Ramlah dan Abdullah


Pulanglah berjumpa ayah dan ibumu

Kembalilah melihat gubukmu

Yang dahulunya bertiang empat, bertangga satu

Yang kini bertuar rumah, bertiang-tiang berpintu-pintu

Dunia sudah maju,

Kiamat hampir ketemu


Kak ani,

Pulanglah menjengah adikmu,

Dia adalah kakak sulungku

Anak tiga, yang paling buas Umar - si bongsu


Kak Lah

Kelihlah abangmu

Beranak lima

Jerih perit mencari makan

Habis badan letih lesu

Kesian aku melihat mereka

Juga aku berasa sayu


Adik Loh,

Lihatlah keluarga mu yang makin membesar

Anak-anak buah, ada yang srikandi, ada yang askar

Buas-ganas kebanyakkan mereka; laksana singa yang sedang lapar


Rohani, Ramlah dan Abdullah


Likur 7 kini, tiada lagi pelita

Lampu neon, kalimantan dan lip-lap yang bercahaya

Kerana kami mulai sedar..,

Api benar dan cernaan itu bukannya 'Sunnah'

Ia pengaruh yang diceduk dari satu agama lain dan budaya

Dan, kalian pun tidak akan sesat tanpanya

Jauhari mana yang tidak mengenal manikam?

Dan Malaikat pula tidaklah rabun

Untuk datang pada bila-bila masa, tanpa cahaya


Likur 7 mengajar kami

Ramadhan hampir berakhir

Syawal diambang menjelma

Malam Qadar, mungkin sudah berlalu ;-

mungkin belum kunjung tiba


Rohani, Ramlah dan Abdullah


Sedang kalian bebas menziarah

Syaitan semakin ghairah

Menghitung dendam dan amarah

Dua tiga hari lagi, belenggu sementara ini bakal dilepas

Umat manusia bakal dijarah-dijajah.


Rohani, Ramlah dan Abdullah


Esok sesuatu yang belum pasti

Mungkin jika takdir..,

Di dunia ini pendek umurku

InsyaAllah kita bakal bertemu

Sama-sama pulang menziarah

Gubuk asalmu dan asalku

Jika kiamat belum berlaku...


Salam 7 Likur !!!


" Roh itu termasuk dalam urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberikan pengetahuan tentangnya melainkan sedikit" - Al-Israa' 17:85


Pemberitahuan ;

Rohani, Ramlah dan Abdullah adalah saudara kandung saya yang telah meninggal dunia. Nama-nama mereka digunakan hanya sebagai watak dalam penceritaan. Saya lebih percaya roh orang yang mati akan berada di alam barzakh dan tidak akan kembali-kembali lagi kerana alam barzarkh dan dunia adalah alam yang berlainan. Tidakkah manusia dengan segala kepandaian dan kecanggihan yang ada tidak mampu untuk kembali berada dalam alam rahim setelah keluar dari perut ibunya, sekalipun dalam alam yang sama. "Allah (jualah yang) memegang jiwa (roh orang) ketika matinya dan (Dia jugalah yang memegang) jiwa yang belum mati di waktu tidurnya. Maka dia tahankan jiwa (roh orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa (roh) yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir." - Az Zumar 39:4


Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan ini



Tidur kat lampu trafik lagi secara nyenyak ape kes?



sedang mendengar : Debu- debu dosa - Hijaz

Monday, August 1, 2011

Ramadhan adalah madrasah

Hari pertama Ramadhan
anak-anak semua mengantuk
tak mahu belajar, penat katanya
berpuasa itu juga belajar.. cikgu tak kesah.. tidurlah

Hari pertama Ramadhan
masjid-masjid penuh...
Alhamdulillah
esok lusa bagaimana ye?

Hari pertama ini diharapnya menjadi hari-hari yang seterusnya sampai sebulan

Ramadhan adalah madrasah
sama-samalah kita bersekolah


SELAMAT BERSEKOLAH, BIAR PANDAI SAMPAI MELEWATI PAGAR
DAN SETERUSNYA SAMPAI KE NEGERI ABADI


" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat...." Al-Baqarah 2:186

Wednesday, May 25, 2011

Guru Mendidik itu Melawan!

Ahmad KS
SK Dalam Gelung
12345 Putrajaya, Terengganu
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj: pt/180/987(bil) 1
Tarikh: 24 Mei 2011
Guru Besar
SK Dalam Gelung
12345 Putrajaya, Terengganu
24 Mei 2011

Tuan,

KELAS BANTU LULUS
-------------------------

Perkara di atas adalah dirujuk;

2. Saya, serta sekalian guru yang ternyata malu-malu untuk memperkatakan secara terbuka dengan ini mengisytiharkan bahawa kami sangat menyokong program di atas yang dilakukan tiap-tiap hujung minggu Jumaat dan Sabtu sebagai satu program sokongan kepada kelas petang dan malam yang telah sedia ada. Wow! Sangat hebat dan sungguh bertuah kami.

3. Program ini memang sangat perlu dan patut diadakan demi meranapkan ops, memartabatkan lagi anak bangsa.. kerana mereka semua sememangnya patut ditekan-tekankan supaya memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia juga akhirat. Ini kerana semua benda lain tak perlu dipelajari terutamanya mencari ikan sekilau di dalam baruh atau bersama kawan mencari buah getah untuk dimain pukul-pukul. Semua pengalaman tersebut boleh dibeli di kedai-kedai runcit berdekatan, jadi tidak perlulah mereka sedikit kelonggaran masa untuk belajar sendiri seperti yang ditekankan dalam pembelajaran konstruktivisme. Apa yang mereka perlukan ialah kelas hujung minggu ini.. itu pokok kejayaan sebenar

4. Program ini juga ternyata sangat hebat kerana ia merentasi dan melampaui pekeliling yang menyatakan guru hanya boleh di panggil pada dua kali sabtu setiap bulan jika ada sebarang keperluan yang mendesak.

5. Disamping itu, kami guru-guru memang sangat berbesar hati dengan kewujudan program ini kerana dengan sendirinya masa kami bersama keluarga sangat terhad. Ini adalah plan yang baik untuk menjarakkan anak dan untuk lari dari tanggungjawab sebagai suami atau lebih-lebih lagi isteri serta sebagai anak/bapak/ibu. Semua itu ternyata tidak penting untuk pemupukan generasi yang mapan pada masa depan. Yang lebih penting ialah kejayaan program ini diharap dapat meningkatkan prestasi sekolah.

6. Selain daripada itu, jika kita berbalik kepada murid, program ini memang amat menguntungkan mereka kerana setelah diamat-amati program pembelajaran berterusan begini adalah untuk pengasahan minda dan mengelakkan stress... dan perlulah diingat, kanak-kanak tidak ada hak untuk bersosial dan mendapat kasih sayang yang utuh dari keluarga di rumah kerana memang kanak-kanak zaman moden ini ditakdirkan untuk belajar sahaja... sebab mereka ternyata tiada perasaan


sekian terima kasih

"CUKUP PUAS HATI, LEBIH DARIPADA TU"


Yang sohih,

Ahmad Ks

Friday, May 20, 2011

Limerik

PENYELARASAN SUBSISDI ADALAH SANGAT PERLU UNTUK PEMACUAN DAN PENGUKUHAN EKONOMI NEGARA SEBAGAI USAHA MEWUJUDKAN NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI... PEMBERIAN SUBSIDI YANG BERTERUSAN MEMBAHAYAKAN NEGARA

Ini cakap-cakap kapitalis
Ini propaganda untuk menyatakan subsidi itu racun-bukan penawar
ini sangat penting dan perlu....
UNTUK MENJADIKAN YANG KAYA BERTAMBAH KAYA DAN YANG MISKIN PAPA KEDANA
Ini untuk dinikmati bersama.

Monday, May 16, 2011

Hidup yang membuatkan Samir Amin lagi pening kepala!

1) Bulan Mei ni banyak betul hari-hari. Hari ini 17/05 merupakan hari hipertensi sedunia. Semalam, 16hb hari guru. 15 hb hari belia..sebelum tu ada hari jururawat dan juga hari ibu..sume dalam bulan mei.. dan yang paling besar dalam bulan Mei ni ialah hari buruh. Oleh kerana banyak hari yang nak diucapkan selamat dalam bulan Mei ini, jadi aku rangkumkan dengan satu ucapan..SELAMAT HARI-HARI!.

2)Semalam (16hb), Hari Guru peringkat Kebangsaan dan Hari Guru Peringkat sekolah aku..dan aku rasa semua sekolah di Terengganu menyambutnya semalam juga. Ramai cikgu cikgi dapat hadiah gamaknya, terutama yang mengajar di kawasan-kawasan bandar. Yang kawasan luar bandar seperti ditempat aku mengajar, budaya memberi hadiah dikalangan murid kepada guru sebagai penghargaan masih kurang mendapat tempat.. apalagi aku yang berada di aliran pendidikan khas. Tiap kali hari guru mesti ada acara main-main bagi guru dan ada macam-macam event termasuk persembahan dan sebagainya..murid berkeliaran tidak terjaga..sebab semua guru sibuk beraktiviti...kahkahkah..sibuk sibuk sibuk sibuk..

3)Dalam setiap mesyuarat yang dipengerusikan GB di sekolah aku, mesti endingnya diselitkan dengan kata-kata yang dipencarkan tulisannya di skrin..JADI GURU PENAT? ...MEMANG PENAT.. KALAU TIDAK PENAT, BUKAN GURU NAMANYA... sibuk sibuk sibuk sibuk...

4)Guru, kalau tidak mengajar - walau sesibuk mana pun dia, walau penting mana pun jawatannya, tidak sesekali mendapat tempat dalam hati aku. Dengan sebab itu, aku tak berapa suka sangat guru-guru yang terlibat dalam pentadbiran, perkhidmatan dan pengurusan guru-guru dan maklumat-maklumat yang ntahapahapa. Bukan aku tak suka individunya, tapi aku betah melihat jawatan dan pekerjaannya. Aku suka guru yang jenis mengajar.. Dan tidak semestinya ia mengajar pelajaran akademik..mengajar PJ dan kemahiran hidup pun bagus..mengajar untuk berlibur pun bagus.. mengajar murid naik bas, lagi bagus...pengajaran aplikasi.. Pokoknya, mengajar, tidak sibuk dengan kerja-kerja yang eksklusif. Tidak sibuk dengan kerja pejabat-pejabat... hahaha sibuk sibuk sibuk..

5)Dulu, masih ku ingat tahunnya, iaitu pada 2005..seorang guru besar di tempat aku berlatih menyatakan bahawa trend kemasukan murid pekak ke sekolah telah menurun.. sunyi... sepi.. lewat ini huha-huha ini semakin jelas dan ramai guru-guru yang mengajar aliran ini mula cemas-cemas dan mula bimbang-bimbang dan mula sesak nafas. Aku katakan ini bagus... Ini menunjukkan kelahiran insan yang pekak bisu sudah menurun.. mungkin kesedaran dari cara amalan hidup dan sebagainya mendewasakan ibu bapa.. dan mungkin memang anugerah Ilahi, untuk mengurangkan golongan ini..jadi apa susah? Sepatutnya kita bersyukur jika insan-insan yang lahir kedunia bersifat sempurna... takut jawatan dan tempat mengajar kena tutup ke? kahkahkah..rezeki Allah Taala itu Maha banyaklah kawan!

6) Oh, oh oh, ada ke pulak misi satu jabatan pelajaran itu untuk meramaikan murid untuk ditempatkan dalam program pendidikan khas.. sepatutnya murid khas diramaikan untuk diinklusikan ke aliran perdana dengan tidak menafikan hak-hak istimewa yang patut didapatkannya sebagai seorang murid pendidikan khas..baru sama-sama bersaing dan baru sama-sama dapat menyumbang kepada negara.. hahaha, dunia ini sungguh berbelit-belit.. semua nak jadi penipu!!!!
(sepatutnya misi dia menyedarkan guru-guru perdana dan orang awam tentang pendidikan khas, sesiapa yang sepatutnya layak untuk masuk ke program, dialukan untuk mendaftar.. in case dan dalam kebanyakkan kes, ramai juga murid klasifikasi khas yang belajar di kelas perdana, kerana tidak tahu)

7) oh, oh oh... " hang pu hang pu, semua kelentong semua tipu,.. hang pu hang pu, siang malam kena tipu" ( "Nak hidup beb..kena ada tipu-tipu skit.."- Ali Awang; peniaga spare part beskal)

Saturday, May 14, 2011

sudah naik lagi

Cis,cis, cis kucing
Naik lagi kau binatang
Tak puas minyak kau telan
gula, kicap juga kau sapu

cit-cit-cit tikus
Naik lagi kau setan
tak puas minyak kau ecer
gula, beras juga kau kerit

lik-lik-lik lipas
Naik lagi kau di timbang
tak puas minyak kau kencing
gula, bawang juga kau bedal

tanah tiada sekangkang kera
buat rumah atas busut
mintak sedekah naik gaji
kena tindas...yah enak sekali..

selamat hari-harimau!

Tuesday, April 26, 2011

Kau Yang Satu



Satu ini lebih besar dari 1 Malaysia
Satu ini lebih besar dari 1 Israel
Satu ini lebih besar dari 1 Dunia
Satu ini Maha Besar dari yang terbesar

Boleh blah dengan asabiyah
Boleh blah dengan agenda
Boleh blah dengan rahsia

Khazanah Tuhan Maha Luas..

Wednesday, April 13, 2011

kawan (jawapan persoalan)


1) Ahmad seorang pelajar universiti, bertandang ke rumah kawannya Boestaman di Terengganu.. Mereka berdua menaiki keretapi (nampak sangat cerita rekaan, Terengganu mana ada kereta api kahkahkah).Kedua-dua mereka mengambil jurusan undang-undang di sebuah univerisiti tempatan. Mereka memang dikenali sebagai sahabat yang baik. Oleh kerana keakraban mereka berdua, Ahmad sedikit sebanyak tahu bahasa Terengganu.. Tapi taklah cekap sangat.

2) Sampai di rumah Boestaman..sepi. Tiada seorang pun kelihatan di rumah tersebut. Boestaman memanggil-manggil ibunya " mok! mok! oh mok!". Tiada yang menyampuk.. tiba-tiba muncul kawan lama Boestaman dari belakang rumahnya. Nama dia Burhanudin - tinggal dibelakang rumah Boestaman. Setelah bersalaman dengan Boestaman dan Ahmad, Burhanudin mengesyorkan mereka supaya mencari ibunya di pasar. Mereka ke pasar, naik kereta Burhanudin. Ahmad duduk di belakang dan cuba menangkap perbualan Boestaman dengan Burhanudin..tetapi dia tak faham sangat.. bahasa Terengganu.. Tiba di pasar..ibu Boestaman tidak kelihatan. "AKU KATE DOH!" kata Boestaman pada Burhanudin.. mereka balik ke rumah kembali

3) Ibunya tersedia berada di rumah.. rupanya ibunya pergi mesyuarat persatuan ibu tunggal kampung tersebut.. Malam itu, mereka makan bertiga, Ahmad, Boestaman dan ibunya. Ahmad seringkali memerhatikan cara ibu Boestaman makan.. lahap, seperti dia dan juga Boestaman sendiri..

4) Malam itu, sebelum tidur, Ahmad dan Boestaman berbual-bual di pembaringan di atas tilam empuk lama bersaiz queen di dalam gelap.. tiba-tiba Ahmad bertanya;

Ahmad: Man, mak mu umur berapa?
Boestaman: Mok aku baru 42 tahong..bakpe (kenapa)?
Ahmad: takdelah..

...sunyi.....

Ahmad: Mak mu pakai gigi palsu eh?
Boestaman: Hah? 000000....

Boestaman ketawa berdekah dekah dengan bunyiah kahkahkahkah..


Acu, cube tere teh....... kenapakah Boestaman ketawa berdekah dekah?

-jawapan setelah sekian lama

Gigi mok takdok

antara skrip yang mungkin.. (semasa dalam perjalanan ke pasar)
Boestaman: mung style confirm je mok aku ade passor
Burhanudin: Dok lah..tapi sekala kalu taing-taing ginning kerek gok aku juppe die passor
Boestaman: gigi mok takdok



Monday, March 28, 2011

walk, don't run... but fly!


mana nak cari projek-projek kebun ni kat skpk kahkahkahkah


1. Macam piang boh je!. Hujan memanjang...kata bekas kenalan aku dulu "hujan itu sumber". Di ketika dia menuturkan frasa tersebut, dia membiarkan lebih dari seratus kanak-kanak berlari di dalam hujan... yang agak lebat.. haha. Nak buat camana, dia bos, aku kuli...tapi dia lupa dia bukan big bossman.. Nasib baik tiada apa-apa kemalangan jiwa berlaku dan tiada kesan-kesan kotoran degil, kalau tidak mungkin akulah yang bakal disembur oleh the bossest sebab dalam acara tersebut, tanggungjawab terletak di atas batu jemala patik... sebab aku "kepala bapak" dalam tersebut. Hujan memang sumber, Alhamdulillah..
Tapi dah lebih dua minggu aku tak merempit ke sekolah... dan yang pasti, aku selalu lambat!

2. Memang ketiadaan teknologi maklumat, mencacatkan sumber informasi ke otak.. Baru-baru ini, baru aku tersedar, seorang kenalan maya yang aku tidak pernah bersemuka telah kembali menemui Penciptanya. Walaupun, kami tidak pernah bersemuka, tapi aku rasakan dia seperti kawan-kawanku yang pernah bersua mata.. aku meminati tulisannya, dan dia juga salah seorang yang dahulunya sering berkunjung dan memberikan komen ke blog ini.. Allahyarham pernah juga berhasrat untuk menemui aku ketika aku masih bergelar penjual jagung, dan pernah juga berhasrat menemui anak didik aku yang istimewa, katanya. Betul lagi sohih, ajal itu tidak mengenal tempat dan waktu.. Allahyarham sentiasa menceritakan letupan-letupan bom di tempat dia bertugas di Pakistan, tetapi bukanlah bom-bom itu yang mengorbankannya, tetapi Allahyarham terkorban akibat kemalangan di Malaysia. Alfatihah untuknya..

3. Sekarang, suara siti Nurhaliza dah kembali terdengar di rumahku.. ini pun aku paksakan Siti menyanyi kuat-kuat kerana aku dah mula menyambung belajar secara formal.. kalau tidak kerana aplikasi atas talian yang aku terpaksa gunakan, mungkin Siti tidak akan menjerit supaya suaranya terdengar ke rumahku.. sekarang aku dah boleh baca malaysiakini..yabedabedu!!!!
Tapi, antara tidur dalam suasana yang sentiasa hujan, setelah penat ke sana-kemari dan bekerja, dengan membuka laptop dan memasang kaset Siti Nurhaliza, mana yang lebih best?

4. Orang Malaysia ni suka benda-benda yang berestetika daripada yang 'functional' kan? hahahaha


p/s : Nak kena tengok jugak ke ni ha?

Thursday, March 10, 2011

tah ting tah ting sepak keting reboh bleping

Entah kenapa, aku sering sahaja resah, gelisah dan menjadi begitu tidak keruan bila ada usul duit yang mesti dikenakan ke atas murid atau pelajar sebagai bayaran atau yuran tertentu. Tidaklah aku menjadi seorang yang pembantah jika duit atau bayaran yang dikenakan ke atas murid atau pelajar tersebut jika ia sememangnya tidak membebankan.. aku boleh terima, dan bahkan rasa agak bersyukur sebab dengan sendirinya sesuatu aktiviti yang dirancang akan mudah dapat dijalankan dengan lancar.

Dulu, di sekolah lama (sekolah yang aku tinggalkan berakhir 2010), aku pernah membantah dengan keras, bayaran sebanyak RM 20 yang dikenakan kepada setiap seorang murid yang ingin menyertai perkhemahan tahunan. Dengan alasan duit itu akan digunakan bagi membiayai kos pengangkutan [ya, aku akui kos pengangkutan agak mahal kerana pihak sekolah terpaksa menyewa bas bagi mengangkut para pelajar ke tapak perkhemahan yang jauh], dan makan minum murid. Jumlah murid yang menyertai perkhemahan tersebut menjangkau 80 orang dan jika didarab 20 sudah mencapai RM 1060. Sedang peruntukan sedia ada adalah RM 2000 dan jika ditambah jumlahnya adalah RM 3060. Kos menyewa tapak perkhemahan adalah RM 2 perkepala setiap seorang. Tetapi, setelah budi bicara aku dan 2 orang lagi guru termasuk Penolong Kanan Ko dengan pemilik tapak perkhemahan kami hanya membayar untuk 50 orang sahaja, di kali dengan 2 hari. Bermakna sewa tapak yang perlu dibayar adalah RM 100 sahaja, walaupun sebenarnya perkhemahan tersebut memakan masa 3 hari 2 malam. Dan kami menyewa dua buah asrama yang besar bagi keperluan guru lelaki dan perempuan untuk mandi-manda, bertukar pakaian dan sekaligus menjadikannya tempat tidur dan istirehat dengan hanya membayar RM 60. Jumlah tempat penginapan adalah RM 160, murahkan? Setelah diselidiki, kos pengangkutan hanya menelan belanja lebih kurang RM 500 menurut seorang rakan yang ditugaskan untuk urusan bas ini. Bayangkan ada lebih daripada RM 2000 lagi…dan menurut perkiraan mereka semuanya di belanjakan untuk makan minum dan peralatan memasak.

Belanja makan perkhemahan macam belanja buat kenduri kawin je aku rasa.. Wah, betul-betul sakan! Ini perkhemahan ke apa ni? Walaupun aku memang cukup tidak berpuashati dengan mutu murid yang memang tak boleh memasak, hatta untuk memasak cokodok tawar, tapi aku cukup tak berpuashati dengan lauk pauk ala hotel yang dimasak oleh guru-guru! Bukan kerana tak sedap, tapi kerana berbelanja! Sedang, bagi aku ianya boleh sangat dijimatkan dan jika di uruskan dengan betul, murid tidak perlu membayar sampai RM20. Walhasilnya, bila aku fikir-fikir, makan-makan dan minum-minum itu sebenarnya tidak lain daripada bagi memenuhi selera gurulah adanya.

Ini bukanlah cerita rekaan, tetapi inilah yang terjadi dan aku adalah antara Ahli Jawatan Kuasa Induk yang menguruskan perkhemahan tersebut dan sama-sama bermesyuarat dan merancang awal sebelum mesyuarat menyeluruh diadakan. Tapi apalah daya hanya aku seorang yang tidak bersetuju dengan bayaran tersebut dengan alasan ianya memadai.. Aku pernah mengatakan kepada sekalian guru semasa mesyuarat awal bahawa mereka tidak boleh menyamakan taraf sosio ekonomi mereka dengan taraf ekonomi bapak-bapak murid. Kalau seorang guru, RM 20 lebih daripada memadai, tetapi apalah daya bagi seorang pekerja kampong yang memanjat kelapa, mengambil upah menjaga kebun, atau yang mencari sumber hutan untuk membiayai 3 orang anak yang akan mengikuti perkhemahan yang berada dalam darjah 4, 5 dan 6. Mereka terpaksa membayar RM 60! Kalau pandai berjimat RM 60 boleh dibuat belanja makan seminggu untuk ahli keluarga mereka yang 7- 10 orang itu. Tapi debatan aku itu tidak juga di terima dan mereka beralasan lagi bahawa sekolah-sekolah lain juga mengenakan bayaran yang lebih kurang sedemikian..malah ada yang lebih mahal! Walaupun aku juga mempersoalkan persekitaran sekolah, lain kampong, lain taraf ekonominya.. Aku bercakap semua ini sebab aku bertanggungjawab mengisi e-kasih (data sosio ekonomi keluarga) dan aku pernah menghantar beberapa orang muridku ke rumah masing-masing yang kebanyakkannya terlibat dengan sukan yang aku bawa ke sana kemari. Dan rata-rata antara mereka yang aku temui, bukanlah berada orangnya dan ada juga yang hidup mereka cuma-Cuma. Tapi adalah pulak seorang penduduk kampong pesara tentera [yang masih muda dalam lingkungan pertengahan 40an] yang beristerikan seorang ‘nurse’ hospital kerajaan yang menengking-nengking memaki orang kampong yang kononnya lebih sayangkan duit dari kegembiraan anak bila ada orang kampong mengeluh untuk mengembirakan anak mereka dengan membayar dan menyertai perkhemahan..Ceh!

Sekarang aku lagi bingung, usul duit kembali timbul di dalam program aku sendiri. Sebelumnya, apabila orang atas (tebaklah siapa yang tertinggi dalam sebuah sekolah) mengusulkan untuk mengutip sumbangan dari wang elaun murid, aku dan penyelaras program sudah mula betah-membetah sesame kami..sesama sendiri. Dan aku orang yang mula-mula tidak mahu bertanggung jawab dan ikut campur..dan setelah itu penyelarasku pula. Tetapi baru-baru ini terjadi juga! Dalam mesyuarat bersama Kelab Sokongan, orang atas mengusulkan… dan diterima pula oleh Pengerusi kelab.. Aku memandang ke beberapa wajah yang sudah aku kenal pasti..dan ada wajah kelat diantara mereka tapi terpaksa dianggukkan setuju. Aku pasti benar sebab ada antara ibu bapa tersebut yang turut memindahkan anak mereka yang sewaktu dulu bersamaku di sekolah lama ikut bersama perpindahan ku ke sekolah baru. Dan aku telah mengenal pasti muka-muka baru yang mengalami nasib sedemikian yang berasal dari sekolah ini pula. Tapi mereka semua setuju. Untuk membayar RM 150 setahun.

Bukan kami (baca: aku dan penyelaras program) tidak pernah mengutip sumbangan murid, tapi bila ada sesuatu program yang kami rancang, barulah kami pinta dalam skala yang sangat kecil ditambah dengan duit poket kami sendiri..sudah tentunya minyak kereta kami yang sering tak terbayar!... dan pintaan berkali-kali murid sendiri “ Cikgu, belanjalah cikgu, belanjalah!” kahkahkahkah. Antara kami berdua, penyelaraslah yang paling banyak mengeluarkan sendiri duit poketnya.. untuk pembangunan kelas dan program kami juga, banyak sekali dia menyumbang wang, sedang aku lebih banyak menyumbang kerja-kerja buruh. Dan sekarang, aku jadi pusing dengan tindakan ini walhal sebenarnya, kalau difikirkan ia adalah kelebihan untuk kami lagi melakukan aktiviti yang pelbagai.. Dan selepas cuti seminggu ini kami (baca: kami dan murid2 program) akan ke terapi boling dan terapi air, dan selepas itu ke hutan dan ke sana dan ke sinun, semuanya tanpa RM 150 yang kami telah rancang awal-awal lagi.. dan kebanyakannya lebih dari mulut dari yang benar-benar terjadi. Tetapi yang sudah terjadi betul, tidaklah kepalang juga banyaknya…

Sebelum aku tutup dengan tulisan meleret-leret aku ni yang aku sendiri naik jelak, ada dua buah buku yang aku ingin kongsi, yang pertama ini seperti di atas; Harimau! Harimau! yang aku bawa balik dari Indonesia, setelah letih aku mengeyitkan mata dan mengucapkan I love u kepada nona manis empunya (atau mungkin anaknya empunya) took buku tersebut supaya menjualnya. Buku ini seperti yang sedari nampak dipandangan mata; ditulis oleh Muchtar Lubis. Sesiapa yang meminati sastera, pasti merasa tidak asing dengan penulis tanah seberang ini. Aku pun agak heran, kenapa orang-orang yang pernah dipenjarakan selalu sahaja dekat dengan hati aku. Katanya buku ini pernah mendapat Hadiah Yayasan Buku Utama sebagai buku penulisan terbaik di tahun 1975, di Indonesia. Buku ini mengisahkan 7 orang pengumpul dammar yang diburu oleh seekor harimau tua yang kelaparan. Berhari-hari mereka mencuba untuk menyelamatkan diri mereka dari menjadi mangsa buruan dan cepat-cepat keluar dari hutan raya tempat mereka mencari damar. Seorang demi seorang akhirnya terkorban menjadi mangsa harimau tersebut.

Di satu sudut yang lain pula, terjadi petualangan dalam diri masing-masing. Di bawah ancaman di baham harimau yang tak sudah-sudah memburu mereka, mereka bergulat dengan diri mereka sendiri, yang mengangkat kesedaran mereka tentang kekuatan dan kelemahan diri masing-masing dan setiap ahli pendamar yang lain. Terjadi konflik baca membaca fikiran satu sama lain, bacaan gerak dan sebagainya. Sampai separuh rakan-rakan pendamar mati, ada antara mereka merumuskan untuk memburu dari diburu sedang mereka sebenarnya tidak pula perasan bahawa dikala dia memburu harimau ia telah di buru balas oleh raja rimba tersebut… sampai pada satu tingkat kesedaran akhirnya, mereka memutuskan untuk membunuh harimau yang ada pada diri mereka sendiri dahulu sebelum membunuh harimau nyata di rimba..aku rasa macam dah berbelit-belit pulak aku tulis. Berbelit tulisan aku begitulah agaknya berbelit-belit jiwa-jiwa manusia yang hidup dalam watak-watak dalam novel tersebut… Kalau berani, pergilah memburu buku ini di Indonesia, atau datanglah selongkar perpustakaan serabut di rumahku dan aku bidik tepat ke kepala..Berani? Aku baca buku ini dari siang sampai hampir 2 pagi..bermakna ia agak menarik bukan?

Buku ini pula (di atas), adalah buku terjemahan novel The Yacoubian Building karya Alaa Al Aswany. Aku sebenarnya tidak pernah mengenal langsung penulis ini sebelum ini, tapi ia berjaya mencuri hatiku untuk membeli dan membacanya. Aku pun tak ingat bilakah tarikhnya aku beli ia. Yang pasti, sudah agak lama, dan begitu jugalah buku ini telah aku habisi pun sudah agak lama…tapi aku rasa saying karya sebegini kalau aku tidak berkongsi. Bila baca buku ini, aku selalu teringat dan sering juga cuba membanding –bezakan antara buku ini dengan buku ‘Midaq Valley [Lorong Midaq], karya penulis agung yang pernah memenangi Hadiah Nobel, iaitu Naquib Mahfouz.. dan kedua-duanya adalah dari Mesir. Dan memang aku rasa aku banyak berjumpa kesamaanya, terutama dari latar ceritanya..

Buku ini memaparkan ragam hidup golongan bawahan dan mewah di Kota Kaherah dan identity mereka yang sebenar; antara kejujuran dan persahabatan, hasad dengki, kepura-puraan, tamak, rasuah, cinta, seks, agama dan perjuangan; kesemuanya diadun sebegitu lumat dan dizahirkan melalui watak-watak yang berbeza, yang semuanya ada hubung kait sedikit sebanyak.. Dan kesemua mereka pula ada kena mengena dengan Bangunan Yaacobian, sama ada ianya menjadi tempat tinggal, tempat yang mereka berasal dan tempat yang mereka bekerja dan singgah.

Mereka adalah ahli politik yang rasuah, aristocrat yang suka perpelisiran, homoseksual, ahli perniagaan yang tamak, pejuang agama yang oportunis, malah golongan bawahan dengan segala intrignya. Kisahnya dikembang-kembang menjadi luas dan dihimpit-himpit menjadi sempit;khusus. Kisah percintaan yang buta dan tuli, dan mulus dan mekar.. Asyik sekali aku membaca buku ini. Buku ini aku beli dari KedaiHitamPutih.. cuba tanya jika masih ada stok. Dan mungkin buku ini juga ada di kedai-kedai lain pun, cuba jangan malas mencari jika berminat..sekarang kan zaman IT, Tak mungkin suara Siti Nurhaliza tidak sampai ke corong-corong radio di rumah masing-masing..hah!

Friday, March 4, 2011

Gagak di atas dahan

[ ]Gagak di atas dahan
Tempat berteduh cuma-cuma
Berkawan seribu cuma-cuma
Makan minum cuma-cuma
Esok lusa mati jua

( )Tiong di dalam sangkar
Tempat berteduh bertatah emas
Semua orang ambil peduli
Ada juga yang niat mencuri
Makan minum dijaga rapi
Sampai masa [engkau] mati juga

Gagak di atas dahan
Berperi tidak sekali
Malah ramai yang membenci
Membawa senapang ke sana kemari
Umpan berlatih memajukan diri

Tiong di dalam sangkar
Berperi indah sekali
Ramai manusia ingin mendekati
Berhibur lantas senang hati
Memberi untuk diberi
"Aku tiong!", itu yang engkau peduli.

Gagak,.. tembak mati RM 50
Tiong,.. dibeli tatangan RM 700


Tembak saja gagak itu!

Ia pantas mati...
Kalau ia bebas, ia menyekat;
kelangsungan hidup, kerana ia membawa khabar dan petanda

Tatangi Tiong
Ia pantas hidup
Ia berperi kita semua senang hati
"Di sebuah terima kasih!"

PLAWOK BLAKE SEME

[aku]
(engkau)

"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu... " hingga akhir ayat- Al Imran 3:186

Superman is Dead

Tiada akses internet memang bermasalah di zaman sekarang ni... Dulu tiada internet tidak pula masalah ini terasa, tapi semenjak dunia tanpa sempadan ini mula menjajah ke seluruh pelusuk dunia dengan pesatnya ke segenap penjuru bandar dan desa, ketiadaannya menjadi masalah...jadi buta dibuatnya..buta dengan informasi dan jaringan dunia... mungkin jika berada di mesir pada revolusi rakyat yang berlangsung hari itu, aku antara orang yang terkemudian keluar ke jalan raya.. bermasalah bukan?

Dulu di sekolah lama, aku senang sekali melayari internet yang semenjak dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza "Celik IT" itu.. tapi sekarang, aku kembali berada di bawah tempurung.. Lagu-lagu nyanyian Siti Nurhaliza itu pun sangat kurang cuping telinga ku ini mendengarnya... antara dengar dan tidak... Bukan meletakkan pertukaran yang tanpa ku pohon ini sebagai alasan mutlak, tetapi lebih dari separuh alasannya adalah begitu.. Ya, aku bertukar sekolah lagi sejak sesi persekolahan 2011 dibuka..hahaha..bukan main-bukan main!

Aku pun menjadi seorang insan yang begitu sangat ketara keletihan.. dan setelah sekian lama aku tidak menghidapi sakit kepala secara rutin harian, sekarang ia menghantui lagi..aku lazimnya akan demam setiap kali menjelang malam dan pagi..lenguh urat sarafku.. Ini berlaku sebulan dua ini...tapi tidaklah pula aku berkongsi duka ini melainkan pada hari yang berbahagia ini...berbahagia sebab dapat mendengar nanyian Siti tentang IT, walaupun mungkin untuk sekadar sebentar ini..Hah!

Dalam keletihan yang tidak tahu di mana puncanya, sempat juga aku menghabiskan buku dalam masa seminggu dua ini.. di bawah merupakan buku-buku yang telah sempat aku habisi (ceh macam menghabiskan riwayat je!)



Isteriku pernah bertanya apabila melihat aku membaca dan memegang buku ini " Itu buku karangan Tok Guru ke?" [dia merujuk kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat]. Aku mengatakan bukan. Aku mengatakan bahawa ini adalah strategi pemasaran yang cuba mengaut untung atas nama. Dan hal-hal seperti ini sudah menjadi ghalib dalam pemasaran dengan membesarkan apa yang sebenarnya kecil dan mengecilkan apa yang sebenarnya besar...sebagai contohnya dalam apa-apa peraduan atau dalam poster-poster pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh pihak bank..
Baiklah, bercakap mengenai buku ini..ia disusun oleh Ahmad Fadhli bin Shaari, iaitu setiausaha akhbar Menteri Besar Kelantan, dengan pandangan sisi dimulakan dengan tulisan Nik Aziz sendiri..[sebenarnya inilah yang isteriku terkeliru, dan dia tidak pernah cuba untuk membaca pun haha]. Buku ini jika dipasaran gelap DIY, lebih merupakan sebuah fanzine yang pro-printed yang mana penceritaannya bukan dari satu pokok seperti sebuah novel. Ia memuatkan banyak penceritaan dari asal Yahudi lampau di Mesir dan sekitarnya [baca: Palestin] serta Madinah, sejarah moden yahudi, sampailah cerita-cerita seputar gerakan Ikhwan di era Yusof Qardhawi dan beberapa komentar sebelum, semasa dan apa yang diharapkan pasca revolusi 2011 ini. Turut dimuatkan gambar-gambar demonstran dan pelbagai lagi yang dipetik di sana sini. Juga turut dimuatkan dengan tulisan Pro. Madya Dr Asri Zainul Abidin bertajuk "Rejim Yang Zalim Mesti di Tukar". Sebuah tulisan semi ilmiah yang kompak dengan fakta dan pandangan-pandangan yang masuk akal dan kritis. Sesiapa yang membaca buku ini akan dapat mengetahui secara ringkas dan jelas apa yang sebenarnya berlaku di Mesir, dan bagaimana Revolusi 2011 ini bermula..dan bagaimana nyanyian Siti Nurhaliza juga sampai ke pelusuk Mesir sehingga rakyat beramai-ramai turun ke jalan! Buku ini berharga RM 10, tetapi aku beli dengan harga RM8 sempena pelancarannya pada minggu lepas



Buku ini akan aku kategorikan ia sebuah buku koleksi perpustakaan peribadi aku... dan sungguh aku akan sekeh kepala jika ia dipinjam tanpa dikembalikan. Ini merupakan buku yang aku bawa balik dari Jogjakarta tempoh hari. Buku ini mengisahkan seorang janda beranak satu yang menjalani kehidupan yang perit saat dia masih bersuami, kerana sentiasa dipukul dan dijadikan bahan oleh kerakusan suaminya..kerakusan suaminya itu jika aku simpulkan terus adalah berpunca kerana kesempitan hidup di era itu dan bagaimana kesempitan hidup ini sebenarnya membuatkan manusia menjadi ganas dan kasar tanpa pedoman..ditambah pula ia adalah zaman kelam di mana manusia berhati binatang. Secara asasnya buku ini sebenarnya ditulis sebegitu indah dan meletakkan susuk seorang perempuan bernama Pelagia, dalam sebenarnya memperlihatkan keaadan sosial [seputar kaum buruh] disekitar kota industri di Rusia sekitar awal abad ke 20, ketika benih-benih revolusi mulai tumbuh.
Buku karya Maxim Gorki ini digarap begitu baik dengan jalan penceritaannya sehingga boleh membawa anda bersama menelusuri keadaan hidup yang tajam, sehingga hidup dalam kesedaran dan bersama-sama memperjuangkan nasib dan kebenaran yang selalu ditipu dan dis0rokkan oleh kaum pemodal dan pemerintah. Sebagaimana yang aku katakan tadi ia menggunakan sosok seorang perempuan dalam menceritakan apa yang sebenarnya berlaku disekitar itu.. Pelagia Vlassov iaitu seorang mangsa korban kekerasan rumahtangga yang mendapat semangat hidupnya kembali setelah sesuatu yang pelik terjadi ke atas anaknya Pavel yang kemudiannya berkembang kepada kawan-kawannya dan seterusnya meresap kepada dirinya sendiri..iaitu semangat perjuangan kaum buruh..bukan main..tak terceritakan! nanti jika diceritakan terus ia akan memakan masa yang panjang untuk aku menulisnya.. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia, dan mengikut penerbit, ia diterjemahkan dari versi Belanda [versi yang dikatan lebih asli dari versi asal dari versi Bahasa Inggeris].. Dan bayangkan penterjemahnya adalah PRAM. Tidak perlu bimbang akan bahasa yang payah, kerana ia tidak begitu. Di Malaysia buku ini boleh dibeli dari Kedai Hitam Putih (website disebelah)..Usahakan!



Dulu, semasa di Maktab, ada seorang teman yang selalu obses dengan gerakan Ikhwan di Mesir. Nama Yusof Qaradhawi sering sahaja meniti dibibirnya ketika membicarakan tentang Ikhwan dan isu-isu agama..terkadang nama Hassan Al Banna sendiri sering tenggelam dengan kekaguman sahabat itu akan Dr Yusof Qardhawi. Dulu semasa tingkatan satu, aku pernah terbaca sebuah buku yang ditulis oleh Hassan Al Banna berjudul " Detik-detik hidupku" yang menceritakan perjuangannya dan Ikhwan di Mesir, namun aku tidak faham sangat..semasa di asrama, aku ajukan buku yang aku baca itu kepada seorang ustaz yang memandu kami dalam usrah..lalu di suruh ustaz berkenaan supaya aku membawanya bila aku pulang dan kembali ke asrama..bila aku pulang kekampung aku tidak lagi menjumpainya sampai saat ini. Di Maktab dahulu aku sibuk juga mencarinya di perpustakaan tetapi tidak berjumpa..lantas aku terpaku juga dengan tetralogi PRAM, dan buku-buku memoir Pak Sako, Keris Mas dkk..
Buku ini dicetak dan diterbitkan di Kuala Lumpur tetapi jika diteliti ia banyak menggunakan Bahasa Indonesia..mungkin terjemahan asalnya adalah dari penterjemah negara Jiran itu..dan aku pun tak faham Editor Bahasa Malaysia itu apa..mungkin memoderasikan bahasa.. Buku ini, jika boleh dianggap memoir, maka ia ya.. banyak menceritakan pengalaman-pengalaman Dr Yusof bersama Al Ikhwan Al Muslimun. Bagaimana dia mula berkenalan dengan Ikhwan, bagaimana dia sanggup berjalan kaki sejauh 11km untuk berdakwah kerana malu untuk meminjam duit dari rakan-rakan, bagaimana perkenalan Dr Yusof dengan pengasas Ikwan; Hassan Al Banna dan bagaimana kekagumannya dengan tokoh tersebut. Dr Yusof juga banyak menceritakan masalah-masalah luaran dan dalaman Ikhwan sendiri, semasa dunia gelap yang dianggap jahiliah yang diterangi oleh sinar Ikhwan, yang akhirnya gerakan tersebut sendiri menjadi malap..Pengharaman Gerakan Ikhwan di beberapa zaman pemerintahan, dasar-dasar ikhwan dengan kerajaan, dari Era Muhammad Najib dan selepasnya di zaman yang mereka anggat Toghut Jameel Abd Nasir.
Entah kenapa, bila masuk je bab-bab kena penjara, kena dera, aku akan membacanya dengan tekun..bukan buku ini sahaja, buku-buku lain pun yang ber'genre' penjara, tanpa aku sedari, aku tatapinya dengan tekun..mungkinkah suatu hari aku akan disumbatkan ke sana juga..NauzubiLLah. Tetapi, dalam banyak-banyak aksi penderaan yang aku baca dalam pelbagai buku sebelum ini, penderaan-penderaan dan seksaan yang ditanggung oleh anggota Ikhwan di zaman itu adalah jauh lebih dahsyat.. sehinggakan menyebabkan ramai juga tawanan yang mati dalam penyeksaan.. Buku ini pun, kalau bukan seorang pendakwah, seorang revolusioner pun patut baca..untuk ambil pengajaran dan motivasi hahahaha... dan orang-orang tabligh, bacalah buku ni...jangan sempit sangat!!

Monday, February 21, 2011

Jogja-Solo yang indah

sedikit mengenai "Kasih Sayang Jogja-Solo tour" pada beberapa minggu lepas


Kami bernasib baik, mempunyai kontak (orang perhubungan) yang baik. Jadi sebaik tiba di Adi Soemarmo Airport di Solo, kami terus di jemput oleh mereka; iaitu Anggit dan rakan bandnya Tumjung. Sebelum itu, semasa menjalani prosedur biasa kemasukan ke Negara baru, kami semua telah dikejutkan dengan keletah Muiz dan Yoe yang tidak mendapatkan borang VOA (visa on arrival) dan kastam semasa di dalam pesawat terbang.. terkadang rasa macam tak masuk akal macamana ‘form’ tersebut terlepas pandang dari mereka sedang pramugari yang cantik molek terkedek-kedek ke setiap tempat duduk penumpang mendistribusikan borang-borang tersebut. Jadi kami ketawa dan menakut-nakutkan mereka sebentar..haha.. Keluar dari lapangan atau bandara di dalam bahasa Indonesia, kami terus diterkam oleh mereka berdua dan setelah berkenal-kenalan kami terus di bawa menaiki van ke tempat makan untuk mengisi perut sebelum ke stesyen keretapi untuk bertolak ke Jogjakarta. Dan, sebelum ke stesyen tersebut mereka sempat membawa kami berputar-putar di sekitar Bandar Solo.

Setengah jam sebelum keretapi ke Jogja tiba, kami sudah sampai di Stasiun Solo Balapan. Setelah membeli tiket dan befoto-fotoan kami terus menaiki keretapi meninggalkan Anggit dan Tumjung..apa yang kami selalu bualkan sepanjang sekejap bersama mereka hanyalah kesukaan yang tidak habis-habisan pada akhirnya mengulang-ngulang perkataan ; bisa’…ular bisa!. Haha. Jadi sekarang kami sudah berada di dalam kereta api kelas ekonomi seperti yang dinyanyikan Marjinal. Kereta api penuh sesak dan aku serta Najid terpaksa berdiri bersesak-sesak juga. Setelah lebih kurang 1 jam perjalanan, maka sampailah kami di Stasiun Tugu, Jogjakarta, dekat dengan Pekan sibuk yang terkenal..Malioboro!

di ruang tamu rumah penginapan harum

Di sini, kami disambut oleh Indra Menus (To Die-YogyaHC), dan seorang teman wanita yang aku sudah lupa namanya..maklumlah nama-nama mereka agak unik dan susah lidah kami hendak menyebut.. dan kami berjalan kaki dari stesyen keretapi ke tempat penginapan kami di Malioboro. Malioboro memang terkenal sebagai kota pelancongan dengan barang-barang murah dan peniaga-peniaga tepi jalan yang begitu meriah…dan setelah lebih kurang 15 minit menapak (agaknya tak sampai atau mungkin lebih), kami sampai di tempat penginapan, Harum namanya..Dengan harga yang berpatutan, kami jadikan ia rumah sementara kami! Setelah melepaskan lelah dan menyimpan barang-barang yang berserabut..kami keluar untuk minum..kopi arang kata Indra! Biar betul, ini macam nujum pak belalang!

kopi arang, pisang aroma dll ( tengok tu betul2 arang)

Jadi, kami menapaklah lagi menyusuri peniaga-peniaga kecil Malioboro yang begitu sibuk menawar-nawarkan produk, juga yang bersibuk-sibuk mengajak kami ke gerai minum mereka sampailah kami ke tempat yang dimaksudkan untuk menikmati kopi..rupanya ia berhampiran dengan stesen kereta api. Jadinya ia ibarat berpatah balik dan kami menganggap ia adalah sebuah perjalanan menambahkan stamina hahaha. Jadi sekerang kami di venue menikmati kopi…yang betul-betul guna arang..kelat dan tawar rasanya, tetapi masih boleh dihirup oleh bibirku dan laju tengkuk menelan. Bermakna, ia kategori sedap [ kan siapa yang pernah membaca jurnal aku tetang makanan maklum kalau aku kata ok maknanya ia sedap :P]. Seingat aku, selain Indra sendiri, hanya aku dan Najid sahaja yang mencuba kopi tersebut sementara kawan-kawan yang lain memilih untuk minum air-air lain. Mat memilih es jeruk ( yang akhirnya menjadi air minuman utamanya dan ramai kawan-kawan akhirnya mengikut ;- sejenis minuman berais seperti air limau nipis; sort of lah!). Dan hidangan istimewa yang kami nikmati di sini ialah Pisang Aroma, yang ternyara memang beraroma dan menjadi kegilaan tengkuk teman-teman. Selepas itu kami pulang ke penginapan dan Indra serta kawan perempuan tadi memisahkan diri dari kami buat kami berehat sekadar mungkin.

makan2 bersama indra dan teman (yang di sebelah indra itu saya perkenalkan...MR Debab yang masih belum berpunya dan kuat sembahyang sunat )

Sekarang kami sedang berehat…mandi, solat dan ada yang sempat ronda. Agak selesa juga berada di rumah penginapan Harum ini. Nenek tua empunya rumah, malah menyediakan air mineral sejuk beserta gelas untuk jamuan. Kalau dinihari, sering sahaja aku melihat nenek itu berbalas-balas mesej sambil menyapu perkarangan rumah dan di dalam rumah.. mungkin mesej pakwe agaknya. Debab dengan selamba roknya memanggil nenek itu dengan panggilan neng.. neng itu maksudnya ‘miss’..apalah Debab! Aku lebih selesa memanggilnya ibu..dengan sedikit lorat Indonesia ibu’. Pukul 8 malam, Indra dengan termengah-mengahnya sampai ke penginapan.. katanya ada show di Taman Budaya Yogyakarta, berhampiran dengan Pasar Buku Shopping Center. Agak aku dia akan membawa kami ke toko-toko buku tersebut [kerana pada siangnya tak sudah-sudah aku mengulang untuk mencari buku-buku] dan selepas itu ke show..tapi meleset. Kami naik bas, dan kami turun dan kami hanya melewati sahaja pasar buku yang separuh tutup itu lantas terus ke show. ..nah!,katanya seorang teman dari Resist Book pun ingin berjumpa aku di sana. Oh! ini adalah free show.. yang bertiket! Pelik kan?

Menurut penyampai, show tersebut adalah bertujuan berkongsi budaya muzik Australia dengan Indonesia.. wah! Layan.. persembahan pertama adalah persembahan solo dengan customize keyboard yang telah diprogramkan dengan macam2 bunyi…layan, dan layan dan akhirnya semua layan zzzz…penat.. Bila persembahan kedua yang menggabungkan element dram dan gitar yang noise, aku tengok hanya Yoe sahaja yang bersungguh-sungguh melayan sedang yang lain asyik layan tidur.. Memang energetic, tetapi bagi aku agak lame.. jemu… mungkin sebab aku juga keletihan ditambah dengan ‘frust’ tak dapat ke pasar buku.. selesai je persembahan kedua aku keluar bersama-sama dengan Najid.. Bila tengok je aku keluar, sederetan kawan2 yang bersama dari Malaysia pun keluar..lepas tu seorang..dan seorang lagi..lepas tu semua pakat keluar. Aku tak tahu samaada persembahan ketiga ‘on’ atau tak..rasanya tak sebab semua orang pakat keluar. Teman dari Resist yang kononnya ingin berjumpa dengan aku pun tak muncul-muncul.. dan kami menapak sesambil mencari tempat makan buat bekal perut supaya tidak berbunyi semasa dibuai mimpi.

Najid masih segar sebelum show

Selesai makan, kami terus ke penginapan.. semuanya menapak… bak kata AR Tompel, “mm..lebih baik jalan kaki..dah tentu penat!”. Yoe, macam biasa.. sampai lepak jap terus zzzz.. aku, Muiz, dan Mat bersembang-sembang sambil praktis ala kadar kat atas katil dengan Najid yang menjadi penunggu setia…maklumlah kami x sempat praktis langsung pun dekat Malaysia sebab masing-masing berdiam di tempat yang jauh-jauh; melata!. Dan tidaklah mudah untuk kami berjumpa dan berkumpul.

Pagi itu kami bergerak seawal mungkin, membeli belah dan ke pasar buku tanpa bantuan Indra. Saja aku suruh indra berehat-rehat dulu di rumah, walaupun rencananya indra akan berkunjung ke tempat penginapan kami pada jam 10. Kesian juga kat dia melayan kerenah kami, so kami ikut kaki sendiri je. Lebih kurang sepuluh kilo jugak kot buku yang aku borong..dan Najid pulak hampir sekodi memborong kain batik sarung. Ada pulak makcik jual batik tu cakap bahasa jawa ngan aku dan suruh aku translate kat Najid, apa ingat aku orang jowo ke? At last aku cakap jugak kat makcik tu, aku pun orang Malaysia..hah!


bersambung daa....

Monday, February 14, 2011

-

lama...
memang..
macam pekasam...
lebih buruk, tak terjengukkan...ha dan ha